Rabu, 23 September 2020

"Prank" Anwar Ibrahim dan kenyataan TS Annuar Musa (SUA BN)

 

Annuar Musa (@AnnuarMusa) Tweeted:

No. 1 (Percubaan Anwar Ibrahim untuk pecah-belah solidariti GRS)

2:02 PM · Sep 23, 2020

Kenyataan Anwar adalah percubaan memecah solidariti GRS dan melunturkan "incumbancy" kerajaan pusat Dgn itu dia harap dpt advantage kpd WARISAN PLUS... Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara Dan kesejahteraan rakyat...

No. 2 (Anwar Ibrahim dalam situasi terdesak!)

2:09 PM · Sep 23, 2020

Setelah gagal menghalang usaha mencabar kesahihan PENGAMPUNAN Diraja di mahkamah, beliau ternyata desperate cuba merampas kuasa sebagai jalan terakhir utk mengelak sesuatu yg paling tidak di ingininya....

No. 3 (Kesan buruk kepada Malaysia akibat daripada kenyataan Media Anwar Ibrahim pada hari ini)

2:20 PM · Sep 23, 2020

Sekali lagi bursa saham merudum akibat Anwar. Pelabur KERUGIAN BERJUTA... Hadiah dari DSAI menjelang PRN SABAH. Ada dia peduli?

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1308647883214708738?s=20


23hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Isnin, 21 September 2020

Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara.

 


Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara.

※ Singapura menyertai Malaysia pada 16hb September 1963. Parti politik utama, Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mendominasi kemenangan pada setiap kali Pilihanraya Singapura. PAP pula sering kali lantang bersuara dengan nada tidak puas hati ke atas polisi hak2 keistimewaan bangsa Melayu dan kaum bumiputera.

※ Pertembungan Ideologi PAP yang menuntut hak kesamarataan kaum dan ideologi UMNO pendokong titah Raja2 Melayu seperti mana termaktub di dalam kandungan Perlembagaan Persekutuan banyak mencetuskan konflik antara kaum dan perkara ini dilihat semakin tiada penyelesaian. Maka pada 9hb Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman terpaksa singkir Singapura keluar dari Malaysia.

※ Ketika itu jumlah penduduk Singapura disekitar 1.63 juta orang dengan komposisi kaum seperti berikut Cina 77% (1,255,100 orang), Melayu (241,240 orang), India 7% (114,100 orang) dan lain2 kaum 1.2% (19,560 orang).

※ Selepas Singapura menjadi negara republik, bangsa Melayu Singapura dikategori sebagai etnik minoriti. Perlembagaan Singapura Perkara XIII, Provisi Umum, seksyen 152 dan kedudukan istimewa etnik Melayu menyatakan bangsa Melayu telah diiktiraf sebagai masyarakat asli yang perlu dilindungi. 

※ Maka telah tercapailah hasrat Sir Stamford Raffles pencatur demografi kependudukan kaum di Singapura dengan lebihkan etnik bukan Islam daripada Islam. Sir Thomas Stamford Bingley Raffles, FRS (5hb Julai 1781 – 5hb Julai 1826) merupakan ahli persatuan kajipurba (Antiquarian) Amerika dan ahli persatuan pengajian pondok besar (grand lodge) Freemason England.

※ Terma perkataan "dilindungi" boleh disama-ertikan sebagai "kuasa politik etnik Melayu bukan lagi ancaman kepada pembentukan negara Republik Singapura". Bangsa pendatang seperti kaum Cina dan India akan kekal sebagai sumber utama kepada kuasa politik di Singapura buat selama2nya. Melainkan hanya keajaiban kuasa Allah jualah yang akan menterbalikkan kuasa politik di Singapura sehingga jatuh semula kepada tangan bangsa Melayu.

※ Pada 25hb September 2019, Berita Harian melaporkan jumlah penduduk Singapura mencecah 5.7 juta dengan demografi 74% (4,218,000 orang) terdiri dari kaum Cina, 13% (741,000 orang) Melayu, 9% (513,000 orang) India dan 4% (228,000 orang) lain2 kaum. Lebih 22,550 telah mendapat taraf warga baru dan 530,000 orang dapat taraf penduduk tetap (PR).

※ Proses neutrallisasi dan mendaftar warga asing sebagai warga Singapura akan menjadi polisi kerajaan Singapura secara berterusan demi memastikan etnik Melayu kekal sebagai etnik minoriti di Singapura. 

※ Mereka sering kali beringat2. Bayangkan, kerajaan Singapura telah pun mempunyai seramai 530,000 orang penduduk tetap (PR) yang boleh diserap sebagai warganegara pada bila2 masa sahaja sekiranya perlu untuk mengimbangi keberadaan penduduk Melayu Singapura yang berjumlah 741,000 orang.

Persoalan: 

i. Mampukah etnik Melayu minoriti bangkit dari tidur yang panjang untuk merampas kuasa politik dari etnik Cina Singapura?. 

ii. Sanggupkah bangsa Melayu di Malaysia jadi seperti bangsa Melayu di Singapura?. Sudah tentu jawapannya tidak SANGGUP!. Oleh itu, ingatlah pesan Hulubalang Pahang, Mat Kilau bin Imam Rasul Tok Gajah: "Jaga Agama, Jaga Bangsa, Jaga Negara... Jangan sampai Bangsa Melayu HILANG negara".

Rujukan

1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_di_Singapura

2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Stamford_Raffles

3. https://www.beritaharian.sg/setempat/jumlah-penduduk-singapura-mencecah-57-juta-lebih-22550-warga-baru

4. https://m.facebook.com/notes/kelab-warisan-tanjong-karang/sejarah-singapura-untuk-semut-komeng-yang-buta-sejarah-/215315168511957/

5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Singapura


21hb September 2020

Oleh: Pena MZR


Khamis, 17 September 2020

Kenapa sikap kaum Cina mula "besar kepala" di Malaysia?.

Kenapa sikap kaum Cina mula "besar kepala" di Malaysia?.

▪️Penampakan perubahan sikap kaum Cina bermula pada pertengahan tahun 1999 apabila mereka menemui satu formula baru bagi memulakan tekanan kepada kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional. Asas pemikiran lateral (lateral thinking) kaum Cina ini adalah "King Makers" yakni kuasa penentu kepada perubahan iklim politik di Malaysia. 

▪️Teori kaum Cina ini berasas kepada terminologi perkataan "sokongan". Di mana mereka yakin, DAP perlukan sokongan kaum Cina dan MCA juga perlu sokongan daripada kaum Cina. Pada tahun 1999, kerajaan BN di bawah PM ke-4 Tun Mahathir telah dikejutkan oleh tuntutan melampau daripada kaum Cina yang berselindung di bawah gerakan yang dipanggil " Suqui".

▪️Suqiu 诉求 dalam bahasa Malaysia bermaksud “rayuan”. Suqiu merupakan "pertubuhan kepada Rayuan Pilihan Raya Persatuan2 Cina di Malaysia" telah ditubuhkan pada 16hb Ogos 1999. Tuntutan Suqui ini mengambil kesempatan di atas krisis pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 2hb September 1998, di mana selepas itu telah berlaku satu gerakan reformasi untuk menjatuhkan PM ke-4. 

▪️Suqui ditubuhkan semata2 untuk menambah berat lagi tekanan kepada kerajaan BN, supaya tuntutan kaum Cina dapat segera dipenuhi sekiranya kerajaan BN inginkan sokongan kaum Cina pada PRU ke-11. Gerakan Suqiu berjaya menyatukan 2,095 buah persatuan Cina di seluruh Malaysia. Gerakan ini dikepalai oleh persatuan Jiao Zong dan Dong Zhong bersama 11 persatuan Cina secara aktif mengedar dan memungut "petition" tuntutan untuk PRU ke-11. 

▪️Senarai persatuan2 Cina itu adalah;

1. Pertubuhan Nasional Cina Malaysia (Jiao Zong) 

2. Persekutuan Persatuan2  Sekolah Cina Malaysia

3. Nanyang Universiti 

4. Alumni Associations of Malaysia

5. Taiwan Graduate Alumni Associations of Malaysia

6. Dewan Perhimpunan Cina Selangor

7. Federation of Guangdong Associations of Malaysia

8. Federation of Guangzi Associations of Malaysia

9. Federation of Fuzhou Associations of Malaysia

10. Federation of Sanjiang Associations of Malaysia

11. Huazi Research Centre

12. Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan 

13. Federation of Hokkien Associations of Malaysia

▪️Namun begitu, gerakan Suqui ketika itu telah digagalkan melalui bantahan keras oleh Bangsa Melayu menerusi demonstrasi yang digerakkan oleh NGO2 Melayu. Akibatnya, jawatan kuasa Suqiu terpaksa ketepikan 7 perkara berkenaan pertikaian hak2 keistimewaan orang Melayu.

▪️Maka bermula dari peristiwa kegagalan tuntutan Suqiu inilah pemikiran lateral kaum Cina telah mengalami sedikit ubah suai. Pendirian kaum Cina ini diubah dengan satu ketetapan iaitu Bangsa Melayu etnik majoriti di Malaysia mesti diajak bersama2 dengan mereka "sebagai kumpulan sokongan" kepada setiap perjuangan kaum Cina demi masa depan kaum Cina dan demi mencipta kejayaan.

▪️Ingat lagi ungkapan daripada Superman Hiew "Melayu Screw Melayu", ungkapan pembelot atau petualang seperti Raja Mandeliar, Si Kitol dan Melayu Barua?. Ini lah "recruit" baru yang jadi senjata ampuh kaum Cina...

1.http://dppjohor.tripod.com/petikan/apa_dia_83_tuntutan_suqui.htm

2.http://fantrealika.tripod.com/suqiu-tuntutan.htm

3.http://komentar.tripod.com/pening.htm

4. Kekangan dalam Artikulasi Kepentingan oleh NGO Etnik 

di Malaysia: Kes Suqiu dan Implikasinya. Choong Sui Fei 1, Thock Ker Pong 2. Universiti Malaya. Pdf


17hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Selasa, 15 September 2020

Bangsa Melayu adalah Bangsa "1st class" tetapi pemikiran masih "2nd class"!.

Bangsa Melayu adalah Bangsa "1st class" tetapi pemikiran masih "2nd class"!.

※ Politik, ekonomi dan peluang memiliki sumber kekayaan negara di Malaysia jika tidak direbut oleh anak2 Melayu, maka peluang2 ini akan sentiasa terlepas kepada kaum2 lain terutama kaum Cina yang gemar meneroka bidang2 perniagaan secara bersungguh2 walau terpaksa berpusing 360°. 

※ Kelaziman ini bukan baru, ianya telah berlaku semenjak tahun 1970-an malah mungkin telah pun berlaku ketika Tanah Melayu di jajah Inggeris lagi.

※ Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan di kala negara menerima kaum Cina dan kaum India sebagai warga tetap Malaysia, PM ke-2 dan PM ke-3 pernah meminta jasa baik YAM Tengku Razaleigh Hamzah yang pakar ekonomi bantu bangsa Melayu dengan sediakan peluang2 bersumberkan ekonomi yang ada di Malaysia dengan membuka sepenuhnya usaha pemilikan sumber kekayaan kepada anak2 Melayu dan bumiputera. 

※ Malangnya "Angsa2 Emas" yang disediakan oleh Ku Li gagal dimanfaatkan oleh orang2 Melayu sendiri. Sikap orang Melayu yang berminat kepada "instant profit" menjerumus mereka ini kepada perniagaan berkonsep "Ali Baba". 

※ Program2 bantuan, institusi latihan yang disediakan dan Institusi Kewangan khusus untuk membantu usahawan bumiputera gagal dimanfaatkan oleh bangsa Melayu sendiri.

※ Sehingga ke hari ini, bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi pemilikan aset2 penting negara. Oleh itu menginsafi ketinggalan dan lompang luas yang masih lagi wujud antara kaum Melayu dan bukan Melayu, kemenangan pada PRU15 ini amat penting supaya kerajaan BN atau atas nama kerajaan Muafakat Nasional dapat sediakan "tongkat" agar bangsa Melayu tidak lagi teraba2 untuk memiliki sumber kekayaan yang ada di Malaysia.


15hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Sabtu, 5 September 2020

Kisah Pencemaran Air dari Kilang Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd.


※ Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd merupakan kilang selenggara (maintenance factory) jentera berat. Premis kilang ini terletak di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang. Setiap kali proses penyelenggaraan, minyak hitam yang dikeluarkan akan dilepas mengalir ke Sungai Gong. Kilang ini pernah didapati bersalah secara berulang2 dan mereka tidak serik apabila dikenakan saman.

※ Gangguan bekalan air yang berpunca dari pelepasan minyak hitam oleh kilang ini sejak 5hb September 2020 telah menjejaskan 1,292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

https://m.malaysiakini.com/news/541313

※ Difahamkan juga, keuntungan syarikat Yip Chee Seng & Sons  ini dalam anggaran RM27 juta setahun tetapi mereka hanya umumkan setakat RM1.2 juta sahaja (kurang 5% dari RM27 juta). Nampak tak mainan syarikat ini?. LHDN tak audit?.

※ Kerosakan yang syarikat ini lakukan beribu2 kali ganda kesannya daripada cukai yang mereka bayar. Keuntungan (Revenue) puluhan juta, kerajaan saman RM60,000!



Nick (@Nicholas_Gomez) Tweeted:

8:17 AM · Sep 5, 2020

Yip Chee Seng & Sons Sdn. Bhd. ... repeat offenders behind the pollution that led to water cuts. Why isn't the mainstream media in Malaysia talking about this company? Hold them accountable. RM58M in current assets. An RM60k fine is nothing. Throw the directors in prison. 

https://t.co/BTGMBwKHSA https://twitter.com/Nicholas_Gomez/status/1302038182314172416?s=20


6hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Jumaat, 4 September 2020

Analisa Keputusan PRK DUN Slim (siri 2)

 


Analisa Keputusan PRK DUN Slim

※ Sebanyak 8,327 undi yang diperolehi oleh Arwah DATO' KHUSAIRI TALIB (BN) pada PRU14 adalah hasil kerjasama 3 rakan parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

※ Menurut kajian dari Ilham Centre, apabila keputusan PRK DUN Slim ini dibandingkan dengan keputusan PRU Ke-14, keputusan menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada BN sebanyak 50% dan undi kaum India meningkat 37%.

※ Pada PRK ini, kaum India telah menyumbangkan undi sebanyak 1,255 (61.49%). Peningkatan ini adalah 37%.

= 1,255 x 37%

= 464 Undi

Oleh itu, pada PRU14 undi kaum India ialah

= 1,255 - 464

= 791 undi

※ Manakala dapatan undi kaum cina di PRK ini meningkat 50% berbanding PRU14. 

= 1,111 x 50%

= 556 undi

Maka undi kaum Cina pada PRU14 adalah

= 1,111 - 556

= 555 undi

※ Dengan mengandaikan undi dari kaum Sabah, Sarawak, Orang Asal dan lain2 kaum pada PRU14 adalah 800 undi untuk BN. Maka, undi bangsa Melayu untuk BN pada PRU14 adalah

= 8,327 - (791 + 555 + 800)

= 8,327 - 2,146

= 6,181 undi

※ Pada PRK DUN Slim, calon PN/MN/BN memperolehi undi dari bangsa Melayu sebanyak 10,491 undi. Perbezaan undi Melayu pada PRK dan PRU14 adalah

= 10,491 - 6,181

= 4,310 undi

※ Manakala undi PAS pada PRU14 pula adalah 4,103 undi dan sudah semesti undi PAS ini datang dari bangsa Melayu beragama Islam. Perbezaan undi ini adalah

= (PRK) 4,310 - 4,103 (PRU14)

= 207 undi.

※ Kesimpulan, PAS seperti yang mereka janjikan telah menyumbang 100% undi kepada calon PN/MN/BN pada PRK DUN Slim ini dan PPBM menyumbangkan 207 undi Melayu kepada calon PN/MN/BN.

Fakta DUN Slim N.58 (BN)

Undi Cina 

1. PRU14 = 555 undi

2. PRK = 1,111 undi

Undi India

1. PRU14 = 791 undi

2. PRK = 1,255 undi

Undi Melayu 

1. PRU14 = 6,181 undi

2. PRK = 10,491 undi


Rujukan

1.

https://twitter.com/sprgovmy/status/1299694996673576962?s=20

2. Ilham Centre

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/726196/bn-raih-91-peratus-sokongan-pengundi-melayu

3. Janji Pesuruhjaya PAS Perak kepada PN/MN/BN

https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/30/rakyat-hantar-ph-ke-penghujung-hayat/

4. DS Zahid minta komitmen PPBM

https://umno-online.my/2020/08/28/muafakat-nasional-mempunyai-makna-dan-signifikan-yang-tersendiri-di-slim-ahmad-zahid/


3hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Postmortem keputusan rasmi PRK DUN Slim N. 58 Perak (siri 1)

 

Posmortem keputusan PRK di SLIM

A Maklumat dari SPR

1. Keputusan rasmi calon2 yang bertanding pada PRK DUN Slim N58.

i. Mohd Zaidi Aziz (BN)

= 13,060 undi

ii. Santharasekaran Subramaniam (Bebas1)

= 276 undi

iii. Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas2-PEJUANG).

= 2,115 undi


2. Jumlah pengundi yang keluar mengundi;

i. Hari mengundi (29hb Ogos 2020)

= 15,451 

ii. Pengundi awal, Undi pos dan undi dari Petugas Pilihanraya tempatan (local polling agent & local counting agent)

= 346 undi

iii. Peratus keseluruhan pengundi yang mengundi

= 15,451 + 346

= 15,797 pengundi

= 15,797/23,094

= 68.40%


3. Sebanyak 327 undi rosak dan 18 kertas undi tidak dikembalikan (327+18=345). Oleh itu, peratus undi rosak 

= 345/15,797 x 100%

= 2.18%


4. Jumlah undi yang disahkan untuk perjumlahan undi

= jumlah undi diterima - undi rosak

= 15,797 - 345

= 15,452 (97.82%)


5. Jumlah pengundi yang tak hadir membuang mengundi 

= 23,094 - 15,797

= 7,297 (31.60%)


6. Demografi Penduduk di DUN Slim N. 58 dengan 15,452 (97.82%) undi yang diterima untuk perjumlahan undi

i. Melayu 74.61% (11,529 orang)

ii. China 10.42% (1,610 orang)

iii. India 13.19% (2,038 orang)

iv. B/P Sabah 0.06% (9 orang)

v. B/P Sarawak 0.06% (9 orang)

v. Orang Asal (Pen. Malaysia) 1.49% (230 orang)

vi. Lain2 kaum 0.17% (26 orang)

= 11,529 + 1,610 + 2,038 + 9 + 9 + 230 + 26

= 15,452


7. Keputusan PRU14 DUN Slim N.58

i. Arwah DATO' KHUSAIRI TALIB

BARISAN NASIONAL

Jumlah Undi: 8,327

Majoriti : 2,183


ii. USTAZ ZULFADLI ZAINAL

PAS

Jumlah Undi: 4,103

iii. MOHD AMRAN IBRAHIM

PPBM

Jumlah Undi: 6,144


B. Maklumat khas

※ Berdasarkan keputusan PRU14, mesyuarat khas MN (UMNO/BN, PAS dan PPBM) setelah mengambil kira dapatan hasil bancian pengundi dan kempen PRK dari rumah ke rumah. MN telah mensasarkan 14,199 pungutan undi apabila UMNO/BN komited menyumbangkan 8,327 undi, PAS 4,103 dan PPBM 1,769 undi kepada calon BN/MN. 

※ Di PRU14, PPBM adalah parti komponen PH. Jadi, 6,144 undi yang calon mereka perolehi adalah bercampur dengan undi penyokong PH dari PKR, PAN dan DAP.

C. Pengiraan

Maklumat dari Ilham Centre

1. Undi Melayu

i. BN beroleh sokongan sehingga 91% daripada pengundi Melayu. Peningkatan sokongan pengundi Cina 68% dan India 61%.

= 11,529 orang x 91%

= 10,491 undi

ii. Calon PEJUANG disokong oleh PH, hanya memperolehi 9% undi Melayu

= 11,529 orang x 9%

= 1,038 undi


2. Undi Cina 

i. Calon PEJUANG memperolehi 31% undi dari kaum Cina

= 1,610 orang x 31% Cina

= 499 undi

ii. Calon BN memperolehi 69% undian kaum Cina

= 1,610 orang x 69%

= 1,111 undi


3. Undi India 

i.Calon PEJUANG memperolehi 25% undi India

= 2,038 orang x 25%

= 510

ii. Calon bebas1 memperolehi 276 undi dari kaum India

= (276/2,041) x 100%

= 13.52%

iii. Undi kaum India untuk calon BN adalah

= 2,041 - (510 + 276)

= 2,041 - 786

= 1,255 (61.49%)


4. Undi B/P Sabah 0.06% (9 orang) 

i. Calon BN beroleh 80% undi

= 9 x 80%

= 7 undi 

ii.Calon PEJUANG beroleh 20% undi

= 9 x 20%

= 2 undi


5. Undi B/P Sabah 0.06% (9 orang) 

i. Calon BN beroleh 80% undi

= 9 x 80%

= 7 undi 

ii. Calon PEJUANG beroleh 20% undi

= 9 x 20%

= 2 undi


6. Orang Asal (Pen. Malaysia) 1.49% (230 orang)

i. Calon BN beroleh 75% undi

= 230 x 75%

= 172 undi

ii. Calon PEJUANG beroleh 25% undi

= 230 x 25%

= 58 undi


7. Lain2 kaum 0.17% (26 orang)

i. Calon BN beroleh 70% undi

= 26 x 70%

= 18 undi 

ii. Calon PEJUANG beroleh 30% undi

= 26 x 30%

= 8 undi


8. Jumlah keseluruhan undi 

i. Calon BN

= 10,491 + 1,111 + 1,255 + 7 + 7 + 172 + 18

= 13,060 

ii. Calon PEJUANG

= 1,038 + 499 + 510 + 2 + 2 + 58 + 8

= 2,115

>ralat (-/+) 1 hingga 2

※ Ralat mungkin berlaku apabila sistem nombor perpuluhan digundalkan.

(Bersambung di siri 2)


3hb September 2020

Oleh: Pena MZR