Selasa, 15 September 2020

Bangsa Melayu adalah Bangsa "1st class" tetapi pemikiran masih "2nd class"!.

Bangsa Melayu adalah Bangsa "1st class" tetapi pemikiran masih "2nd class"!.

※ Politik, ekonomi dan peluang memiliki sumber kekayaan negara di Malaysia jika tidak direbut oleh anak2 Melayu, maka peluang2 ini akan sentiasa terlepas kepada kaum2 lain terutama kaum Cina yang gemar meneroka bidang2 perniagaan secara bersungguh2 walau terpaksa berpusing 360°. 

※ Kelaziman ini bukan baru, ianya telah berlaku semenjak tahun 1970-an malah mungkin telah pun berlaku ketika Tanah Melayu di jajah Inggeris lagi.

※ Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan di kala negara menerima kaum Cina dan kaum India sebagai warga tetap Malaysia, PM ke-2 dan PM ke-3 pernah meminta jasa baik YAM Tengku Razaleigh Hamzah yang pakar ekonomi bantu bangsa Melayu dengan sediakan peluang2 bersumberkan ekonomi yang ada di Malaysia dengan membuka sepenuhnya usaha pemilikan sumber kekayaan kepada anak2 Melayu dan bumiputera. 

※ Malangnya "Angsa2 Emas" yang disediakan oleh Ku Li gagal dimanfaatkan oleh orang2 Melayu sendiri. Sikap orang Melayu yang berminat kepada "instant profit" menjerumus mereka ini kepada perniagaan berkonsep "Ali Baba". 

※ Program2 bantuan, institusi latihan yang disediakan dan Institusi Kewangan khusus untuk membantu usahawan bumiputera gagal dimanfaatkan oleh bangsa Melayu sendiri.

※ Sehingga ke hari ini, bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi pemilikan aset2 penting negara. Oleh itu menginsafi ketinggalan dan lompang luas yang masih lagi wujud antara kaum Melayu dan bukan Melayu, kemenangan pada PRU15 ini amat penting supaya kerajaan BN atau atas nama kerajaan Muafakat Nasional dapat sediakan "tongkat" agar bangsa Melayu tidak lagi teraba2 untuk memiliki sumber kekayaan yang ada di Malaysia.


15hb September 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan