Ahad, 15 September 2019

Benarkah Beras Plastik Kini Berada Di Pasaran Malaysia



Pengilang beras menafikan wujudnya beras palsu yang diperbuat daripada plastik di negara ini seperti yang ditularkan menerusi laman sosial sejak kebelakangan ini. 

Maksud plastik itu ialah struktur  beras itu develop dari zat atau vitamin sintetik, sama mcm mee maggi. Enzaim pengurai menghadamkan makanan dalam perut kita tidak mengenali struktur molekul makanan itu,  menyebabkan ia mengambil masa agak untuk menguraikan. Ia akan ada lebih lama dalam perut untuk menjadi lembut dan terurai berbanding nasi dari beras semula jadi. Biasanya hanya 4 jam dalam perut, 8 jam dalam usus. 

Sekiranya selepas beberapa lama berada di dalam usus, jika terserap ke dalam darah,  ia maksudnya zat sintetik tadi akan pula membebankan organ buah pinggang pula,  samada menerima sebagai zat yang perlu dibakar oleh tisu tisu badan atau dibuang sebagai lebihan garam. 

Negeri China adalah negara terbesar dunia yang menghasilkan beras dan dijual di serata dunia.  Berita mengenai beras plastik ini adalah benar dan ia bukanlah berita palsu. "The Korean Times Report" pada tahun 2015 pernah keluarkan statement "Beras China sangat merbahaya dan diperbuat daripada plastik"

https://iluminasi.com/bm/cara-bezakan-beras-asli-dan-plastik.html

Kemungkinan beras palsu yang dimaksudkan atau beras yang dipak semula adalah beras tiruan sebagai pesaing dengan beras tempatan yang sedia ada. Walaupun dikatakan bahawa di Malaysia kemungkian beras plastik ini tiada dalam pasaran, namun sebagai pengguna kita mestilah berhati-hati memilih.   Jika kita ada pilihan lebih baik,  mengapa kita mesti menanggung risiko dan membebankan organ organ dalam tubuh kita? Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan