Ahad, 21 Julai 2019
PETUNJUK TERKINI DAN RINGKAS ISLAM TERANCAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
Di saat para pemimpin Melayu Pakatan Harapan sibuk dengan isu semburit, para pemimpin CINA DAP sibuk mengatur strategi menambahkan bilangan komuniti Cina dan pengundi mereka.
Sikap, mentaliti dan amalan politik para menteri dan pemimpin Melayu Pakatan Harapan sebegini juga merupakan suatu petunjuk bahawa ISLAM DAN UMATNYA TERANCAM DI BAWAH PAKATAN HARAPAN.
Bagaimana tidak terancam jika para pemimpin CINA DAP juga sibuk dengan pelbagai kontrak kerajaan, pegangan saham dan ekuiti GLC serta aset-aset negara yang boleh dipindahmilik serta dijual.
Ia belum termasuk lagi kadar komisyen hasil rundingan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi operator lebuhraya dan projek berskala mega tinggalan Barisan Nasional.
Ternyata para pemimpin CINA DAP lebih fokus perjuangan mereka untuk kelompok sendiri berbanding para pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang saling jatuh menjatuhkan.
Tidak hairanlah umat Melayu Islam dan kaum Bumiputera memberikan sokongan mereka kepada PENYATUAN UMMAH PAS UMNO dan GAGASAN SEJAHTERA.
Oleh;
Zamzuri Mohamed Tahir
19 DzulQaedah 1440H
Ahad 11.45pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan