Sabtu, 13 Julai 2019

RUJUK MANIFESTO PH SEBELUM DAKWA SUSPEK JENAYAH - Lim Kit Siang




Menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Pendakwaraya (DPP) perlu melihat kepada Manifesto Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu sebelum meneruskan pendakwaan kepada penceramah DAP, Wan Ji Wan Hussin.

DPP juga perlu merujuk kepada Peguam Negara (AG) Tommy Thomas sebelum melakukan sebarang pendakwaan terhadap pemimpin, menteri dan anak emas Pakatan Harapan.

Ia sekaligus menggambarkan bahawa DAP menguasai pentadbiran kehakiman dan pelaksanaan undang-undang negara dan Manifesto Pakatan Harapan lebih tinggi darjat serta martabatnya berbanding Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Negara.

Tetapi sekiranya DPP atau Peguam Negara ingin mendakwa mana-mana pemimpin pembangkang, mereka tidak perlu merujuk kepada Manifesto Pakatan Harapan.

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak, kes mahkamah dan sebagainya, berlumba-lumbalah anda untuk mengisi borang keahlian parti DAP atau komponen Pakatan Harapan yang lain.

Nescaya nasib anda akan lebih baik kerana Lim Kit Siang dan DAP akan memastikan anda tidak akan didakwa.

Contoh yang paling mudah adalah Menteri Kewangan DAP Joseph Lim Guan Eng, yang dibebaskan mahkamah sewaktu perbicaraan sedang berlangsung.


10 DzulQaedah 1440H
Sabtu 9.00pm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan