Sejak sekian lama PH memainkn isu mencuri kononnya kerajaan terdahulu mencuri duit. Selepas PRU14 tuduhan tersebut tidak pernah susut malah dari pencuri di gelar perompak pula..Namun kenyataannya kerajaan terdahulu banyak meninggalkan aset berharga juga ketika itu ekonomi negara berada di landasan yang amat baik serta mendapat pengiktirafan peringkat dunia.
Kerajaan yang ada sekarang begitu rakus menjual segala aset terkumpul walaupun hanya dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, mereka tanpa segan silu mengumumkan bahawa kerajaan bakal mengenakan lebih banyak cukai dan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara.
Jika di lihat di sini siapakah yang selayaknya dituduh sebagai pencuri dan perompak.?? Untuk menguruskan ekonomi dengan baik mestilah bijak mencari pelabur tapi menurut lapuran Bloomberg bahawa harapan untuk kerajaan PH menarik pelabur asing bagi memulihkn ekonomi semakin pudar setiap hari.
Hilangnya keyakinan pelabur asing dengan pengeluaran besar-besaran dana yang menyebabkan kerugian syarikat-syarikat milik Kerajaan dan kekurangan sumber pendapatan telah menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan siri penjualan aset-aset bernilai Kerajaan seperti saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co dengan harga RM8.42 bilion, saham M1 milik Axiata kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion dan banyak lagi!
Tuduhan terakhir Kerajaan PH kononnya BN sorok duit keluar negara memang agak pelik. Setelah duit umno/Bn dibekukan kenapa kenyataan yang kurang bijak ini di sebut oleh seorang Perdana Menteri..? Besar kemungkinan beliau ingin samakan dengan cara beliau menguruskan kewangan negara era 22 tahun beliau mentadbir negara.. Perkataan sorok ini patut di tanya pada Tun Daim kroni beliau yang paling kanan dan juga Anwar Ibrahim. Di mana Note rm500 dan Rm1000 di sorokkan.
Sekali lagi siapakah pencuri dan perompak yang takut pada bayangnya sendiri??.. Biar pembaca sahaja yang menentukan.
1. https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155812426450952/
2. https://m.malaysiakini.com/news/446687
3. https://umno-online.my/2019/04/16/ph-kata-ekonomi-semakin-baik-tapi-bursa-malaysia-paling-teruk-di-dunia/
4. https://m.utusan.com.my/berita/politik/10-kesan-penipuan-lim-guan-eng-pada-ekonomi-negara-1.938476
Oleh :
Simah Mamat
Activis NGO
29 Julai 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan