Selasa, 16 Julai 2019

Tun Mahathir sudah terdesak atau tidak?. (Siri 4)



▪️Chapter "The lastman standing" telah memasuki bab penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition). Kini saingan antara Anwar Ibrahim vs Azmin Ali vs Mukhriz telah berubah kepada saingan antara Anwar Ibrahim vs Mukhriz Mahathir setelah Azmin sudah pasti tersingkir.

▪️Jentera khas parti PPBM buat masa ini masih lagi gagal merungkai jalan penyelesaian untuk membantu Tun Mahathir melawan tuntutan kem DS Anwar Ibrahim. Ternyata kem penyatuan Ummah antara UMNO, BN, PAS dan NGO2 yang diusaha atas asas Islam dan Bangsa Melayu telah menutup rapat pintu kerjasama dengan mana2 parti komponen PH menjadi penyebab kedudukan Tun Mahathir semakin terhimpit.

▪️Kem DS Anwar pula dilihat semakin meningkatkan tekanan kepada DS Azmin Ali. Sepucuk surat arahan dari PKR pusat dikirim meminta Azmin "cuti" sehingga siasatan kes semburit dapat diselesaikan. Namun begitu, DS Azmin enggan menurut perintah parti sambil memberi maklum balas "keras" sewaktu diajukan soalan oleh pihak media.

▪️Kesanggupan DS Anwar membela Wan Ji ustaz DAP atas dakwaan dipukul dalam lokap polis menunjukkan kesungguhan beliau untuk bersama dengan DAP di masa depan. Ungkapan 6 patah perkataan dari Superman Hiew penceramah DAP ketika kempen di PRU ke-14 untuk Tun Mahathir... "ambil nyawa dia, ketika dia sakit"... memberi gambaran bahawa DAP tetap akan memusnahkan kerjaya politik Tun Mahathir apabila tiba masa yang sesuai. Mungkin inilah saat yang DAP tunggu2 selama ini.

▪️Anwar Ibrahim vs Mukhriz.
Realitinya, Mukhriz belum lagi dibenarkan oleh konspirator untuk menonjolkan diri sebagai penghalang kepada cita2 Anwar untuk jadi PM ke-8. Beliau memerlukan proksi yang sanggup berdepan dengan Anwar Ibrahim. Samada kebetulan atau dirancang, pada malam 16hb Julai 2019 kem Azmin telah bermesyuarat dengan Tun Mahathir dan bersetuju untuk meletak Zuraida (PKR) sebagai bakal PM ke-8 bersaing dengan Anwar Ibrahim. Kali ini siapa pula yang terperangkap?.

1.
https://www.sinarharian.com.my/article/31432/BERITA/Nasional/Peralihan-jawatan-PM-Penyokong-Tun-M-Anwar-berbalas-teguran
2
https://www.facebook.com/gerakperak/posts/995569074177349/
3.
https://m.malaysiakini.com/news/483987
4.
https://m.malaysiakini.com/news/484109
5.
https://m.utusan.com.my/berita/politik/pas-tolak-kerjasama-ph-terus-ta-8217-awun-dengan-umno-1.937780
6.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156581015201094&id=177896126093&__tn__=%2As%2As-R


17hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan