Ahad, 14 Julai 2019

MENTERI PH DALANG DAN BIKIN VIDEO SEKS - Ketua Polis Negara


Kenyataan Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador bahawa terdapatnya menteri yang cuba menjatuhkan seorang menteri yang terkait dengan video seks amat menarik untuk diteliti.

Kenyataan beliau mengiringi  temuramah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dengan Asia Nikkie News (sebelumnya) yang menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar di Putrajaya.

Dan Mukhriz tidak menolak keinginannya untuk menjadi perdana menteri, sama sebagaimana menteri dan pemimpin lain.

Jika ianya suatu babak novel atau drama, kenyataan Mukhriz adalah Bab Kedua dan kenyataan Hamid adalah Bab Ketiga.

Cantik susunan plot ceritera ini.

Di mana Bab Pertama dan Pendahuluannya?

Ianya bermula dari percutian Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saat ketika isu video tersebut meletus.

Siapakah yang memangku jawatannya dan mempunyai akses penuh terhadap unit tertentu dalam pasukan keselamatan negara?

Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya yang mungkin berpendapat bahawa Muhyiddin akan dikaitkan dengan video tersebut memandangkan beliau juga mempunyai cita-cita yang tergendala sebagai perdana menteri di zaman Barisan Nasional.

Selaku menteri, Muhyiddin juga mempunyai akses penuh kepada polis Cawangan Khas atau perisikan negara.

Atas dasar tersebut, persepsi awam bahawa beliau mungkin memerangkap DS Mohamed Azmin Ali tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Justeru itu, kenyataan Hamid  pada hari ini seolah-olah membina persepsi negatif terhadap Muhyiddin berdasarkan persepsi awam sebelumnya.

Benarkah Muhyiddin terlibat dan sanggupkah Hamid menentang  bossnya sendiri?

Kita biarkan sementara persoalan tersebut dan lihat siapakah yang meraih keuntungan politik darinya.

Saya lebih cenderung kepada pendapat awal saya bahawa isu video seks tersebut akan memberi keuntungan politik kepada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Dan saya konsisten menyatakannya sejak dari mula lagi isu video tersebut tercetus.

Alasannya mudah, Anwar, Azmin dan Muhyiddin sudah tercemar dengan skandal seks dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan sekiranya terpilih sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir.

Justeru itu, adalah tidak mustahil seseorang yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Mukhriz membikin (bak kata Hamid) dan menjadi dalang isu video tersebut.

Dan seseorang itu mestilah mempunyai keinginan yang melampau agar Mukhriz bakal dinobatkan sebagai perdana menteri, suatu hari nanti.

Seseorang itulah, yang termasuk dalam Bab Pendahuluan dan Bab Pertama plot (jalan cerita) isu video seks ini sehinggakan Anwar dan Azmin sendiri enggan membuat laporan polis tentangnya.

Siapakah seseorang itu?

Pelakon utama ceritera ini, Haziq Abdullah Ali sudah tentu dapat menjawabnya kerana dia sangat kental dan kebal mengaku perlakuan seksnya.

By;
Zamzuri Mohammed Tahir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan