Selasa, 30 Julai 2019

Daulah Terpendam (Deep State) Dan Rombakan Kabinet

▪️Pergolakan parti2 komponen PH buat masa ini semakin memuncak. DS Anwar Ibrahim diberitakan telah kehilangan sokongan akar umbi ketika berdepan dengan cabaran dari DS Azmin Ali. DS Azmin mempunyai lebih sokongan dari pemimpin2 PKR dan MP2 PKR berbanding DS Anwar. Beliau dijangka akan mencabar DS Anwar untuk jawatan Presiden PKR di dalam Kongres National Khas yang mungkin akan diadakan atau beliau mungkin juga membuat pilihan lain dengan meninggalkan terus PKR untuk ke platform baru.

▪️Sementara itu, Tun Mahathir dilihat semakin tidak selesa dengan kerenah pemimpin parti komponen PH yang presentasi mereka sentiasa bermasalah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, akan berlaku suatu peristiwa yang bakal melanda kerajaan PH di waktu terdekat. Namun begitu, perkara tersebut mempunyai pendekatan dan kepentingan yang berbeza, iaitu;

1. Daulah Terpendam (Deep State)
▪️Menurut sumber dalaman PH, ada pihak sedang merancang untuk "gulingkan" kerajaan PH melalui rampasan kuasa dengan cara tidak demokratik. Rancangan tersebut akan dimulakan oleh pihak dalaman PH yang tidak berpuas hati dengan cara2 pentadbiran Tun Mahathir.

▪️Daulah terpendam (Deep State) itu sedang berusaha untuk mensabotaj rancangan kerajaan PH yang berhasrat memeterai 4 lagi perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia.

2. Rombakan Kabinet
▪️Tun Mahathir dijangka akan melakukan satu rombakan kabinet mengejut selepas Majlis Pertabalan YDPA. Rombakan kabinet ini bakal membuka satu lembaran baru di dalam sejarah politik Malaysia. Menurut sumber, 95% perkara ini akan berlaku. Walau bagaimana pun, keputusan akhir adalah bergantung kepada percaturan berasingan Tun Mahathir, DS Azmin, UMNO dan PAS.

▪️Apa yang pasti, Tun Mahathir sudah hilang sabar dengan beberapa orang Menteri dan timbalan Menteri kabinet dari DAP, mereka bakal digugurkan satu persatu.

1.
https://m.malaysiakini.com/news/485921
2.
https://youtu.be/MGgWscbT6P0
3.
https://youtu.be/Oorjsf1OKhU



Oleh: Pena MZR
30hb Julai 2019



Tiada ulasan:

Catat Ulasan