Sabtu, 3 Ogos 2019

ADAKAH INI SATU CUBAAN MEMBURUKKAN INSTITUSI TAHFIZ.??


Seorang ustazah Nor Hafizah Musa telah menaik satu status di lama Facebook beliau memohon agar drama yg akan di tayangkan di RTM dimana bakal mencalar  imej institusi Tahfis di Malaysia di larang siarkan..

Kenapa drama ini perlu disasarkan kepada murid-murid tahfiz.?? Adakah ianya disengajakan bagi mengambarkan gejala buruk LGBT ini sedang menular di kalangan pelajar tahfiz ?? Kenapa nak merosakkan reputasi tahfiz..?

Amat tidak sesuai jika sasarannya di tujukan dikalangan pelajar tahfis sedangkan lgbt terdapat dimana-mana selagi manusia itu terpesong dari akidah agamanya, sehingga tidak mengenali batas-batas pergaulan dan pegangan agama.

Kenapa tidak disasarkan kepada pemimpin-pemimpin politik yang sedang panas sekarang dengan isu semburit..?? Golongan remaja yg terjebak dengan gejala sosial yg kronik di zaman kononnya Zaman Malaysia Baru..??

Harap drama ini mendapat bantahan dari rakyat kerana ia mencerminkan sebuah institusi tempat anak2 menimba ilmu sedang di gambarkan seolah-olah mereka tersalah didikan dari guru-guru maupun ibubapa

Biar pembaca memberi pandangan mereka secara adil sebagai rakyat Malaysia yg prihatin


Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan