Isnin, 19 Ogos 2019

Larangan Dr.Zakir Naik berceramah di seluruh Negeri.??



Arahan telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor menerusi notis edaran dalaman secara rahsia, dimana DR Zakir Naik dilarang sama sekali untuk berceramah di seluruh negeri. Kononnya demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum. 
Semalam beberapa portal mengesahkan antara negeri² yang sudah memaklumkan larangan Dr Zakir menyampaikan ceramah, antaranya Kedah, Perlis dan Melaka.
Isu Dr Zakir tercetus apabila beliau didakwa mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik.

https://www.ismaweb.net/2019/08/20/dr-zakir-naik-dilarang-ceramah-seluruh-negara/
Umat islam perlulah bersatu hati kerana musuh Islam hanya mencari satu kesalahan daripada ribuan kebaikan yang dilakukan oleh Dr Zakir Naik sebagai peluang untuk mengusir pendakwah tersebut keluar dari negara ini.
Ramai lagi pihak yang mengeluarkan kenyataan lebih buruk termasuk menggelarkan Melayu sebagai pendatang.  Malah ada yang telah beratus report polis dibuat namun mereka terus bebas bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan

Bukalah mata anda semua, kalau kita tidak dapat pertahankan Dr Zakir Naik, siapa lagi yang hendak pertahankannya. Mereka pasti akan bertepuk tangan sekiranya Dr Zakir Naik  berjaya diusir keluar
Seandainya kita tidak dapat mengislamkan seorang, walaupun rakan sebantal kita janganlah kita jadi penghalang bagi orang yang berjaya mengislamkan hampir berjuta umat islam seluruh dunia.

Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan