Pendatang tanpa izin dapat I/C..? Siapakah dalangnya..??
Baru² ini kita dikejutkan dengan satu berita dimana, system di KLIA tak berfungsi untuk beberapa hari. Kebetulan pada masa yang sama, di laman media sosial pula tercetus fenomena kelambakan pendatang dari negara China samada mereka datang sebagai pelancung atau melalui agen pekerjaan, sehingga hari ini tidak dapat dipastikan.
Dari situasi di atas kini muncul pula cerita dimana beberapa keping kad pengenalan turut tersebar. Mereka menggunakan kad pengenalan dengan nombol, alamat yang agak mencurigakan. Adakah mereka ini sebenarnya pendatang asing yang datang ke Malaysia dan telah diberikan kad pengenalan oleh pihak² tertentu..??
Ada yang telah membuat semakan ke atas beberapa kad pengenalan dengan pejabat suruhanjaya pilihan raya SPR, dan hasil dari semakan ini, didapati mereka ini tiada rekod yang didaftarkan mereka sebagai pemilih.
Situasi ini membimbangkan Warganegara Malaysia kerana dikhuatiri fenomena ini boleh mencetus suasana tidak sihat di dalam negara. Mungkinkah ada tangan² ghaib individu tertentu bersubahat di dalam pemalsuan kad pengenalan ini. Atas tujuan tertentu. Siapakah dalangnya..?
Kita bukan menolak mereka yang bukan warganegara untuk mencari rezki di Malaysia. Tetapi apabila pendatang asing ini boleh mendapat kad pengenalan dengan senang bermakna hak2 Warganegara akan mereka monopoli sesuka hati mereka.
Malah kami juga khuatir mereka mendapat kad pengenalan tersebut dengan cara tidak sah yakni melalui pintu belakang..
Harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh. Seandainya ada sindikit yang memalsukan kad pengenalan ini segeralah bertindak dan dalangnya di dakwa di muka pengadilan..
Oleh:
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan