Sabtu, 10 Ogos 2019

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bakal diharamkan..??

Di dalam kekalutan penolakan tulisan Khat jawi tiba-tiba terdengar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia hendak diharamkan.. Bukan sahaja Rehal atas DBP dirobohkan..... Pindaan enakmen berkaitan Islam di Selangor digagalkan..Kini dewan Perniagaan melayu Malaysia pula  dengarnya bakal menjadi mangsa seterusnya apabila ada desas desus mengatakan ianya bakal diharamkan.

Semuanya ini berkaitan dengan siapa..?? Sudah pasti mereka akan cipta berbagai alasan untuk menghalalkan cara... Memang mereka ada alasan, tapi nampaknya alasan yang diberi bagi menutup sifat benci mereka pada Melayu dan Islam..

Dan yang paling malangnya bila pemimpin melayu dalam kerajaan hanya mampu berdiamkan diri sahaja. Itu yg paling sedih sekali apabila mereka diam kerana ganjaran pangkat dan gaji besar.. Ini mungkin untuk survival hidup selepas Pru15 jika mereka bukan lagi kerajaan.
Mereka terpaksa diam dan takut untuk bersuara. Sekali sekala menyorok belakang orang tua yang umur hampir seabad tu.

Inilah kehebatan pemimpin melayu PH.. Sebenarnya jika mereka hendak, seribu daya, tak hendak seribu dalih


Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan