Selasa, 13 Ogos 2019

HARAMKAN TULISAN JAWI DIGUNA PADA PRODUK NON-BUMI

SEKUTU DAP ni, tidak dapat dipastikan samada mereka marahkan tulisan jawi atau secara senyap mereka sokong tulisan Jawi.??.🤔🤔
Nampak tak tulisan Jawi pada produk mereka? Kerajaan di saran agar mengharamkan tulisan jawi ini digunakan pada produk non- bumi. Ini bagi memastikan pengguna tidak ditipu atau dikelirukan.

Apakah tujuan mereka menggunakan tulisan jawi ini jika mereka benar-benar tidak suka dan membantah penggunaan khat jawi tersebut. Sedangkan kebanyakan produk keluaran mereka ada tulisan jawi.. Adakah mereka terlepas pandang, saja-saja cetak atau memang bertujuan untuk mengelirukan pengguna yang rata-ratanya orang melayu.??

Dengan cetakan tulisan jawi ini maka anda pun membelinya sebab sangkaan anda mungkin pengusahanya melayu kerana terdapat tulisan Jawi dan harganya lebih murah dari produk Melayu Islam Bumiputera yang lain?

Di sini sahaja tanpa sedar mereka berjaya menipu pengguna selama ini dan melariskan produk mereka. Sedang produk bumiputera masih terpinggir tercari-cari ruang dan peluang untuk bangkit. Mereka semakin kaya dan sombong.

Apa yang anda harus buat..??
Tepuk dada tanya selera..


Oleh ;
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan