Rabu, 7 Ogos 2019

PH menukarkan dari Bantuan kepada Pinjaman Tanaman Semula


Satu malapetaka bagi hampir 355,000 peneroka di negara ini bila skim bantuan tanaman semula digantikan kepada skim pinjaman mudah tanam semula pekebun kecil sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). 

Menurut Menterinya Teresa Kok, pinjaman ini kononnya dapat membantu dan ianya tidak membebankan pekebun dan peneroka dimana peneroka hanya dikenakan sebanyak 2.0 peratus setahun.. 


Di saat ketidaktentuan harga getah dan sawit yang sedang tenat, bayaran tanaman semula yang menjadi hak pekebun berdasarkan peraturan yang sah, cuba dinafikan pula oleh kerajaan PH. Kegilaan apakah ini?,” 

Sejak tahun 1952, bantuan tanaman semula dipraktikkan adalah bersumberkan cukai ses yang dikutip Rm0.14 sen bagi setiap kilogram hasil jualan (eksport) getah para pekebun. Ia juga telah diluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah Penanaman Semula. Daripada kutipan tersebut 10 sen dikumpulkn untuk dipulang kembali sebagai "BANTUAN TANAMAN SEMULA"  sementara 4 sen digunakan untuk penyelidikan.

Akibat kerajaan PH menyerahkan urusan kepada orang yang kurang mahir maka ianya merugikan peneroka. Sudahlah harga komunitinya kini merundum mereka pula bakal dibebani dengan hutang yang berpanjangan.

Harap kerajaan dapat pertimbangkan kembali skim yang diangap mengarut ini kerana nasib peneroka kini semakin tertekan dan tak terbela.

Oleh ;
Simah Mamat
Aktivis NGO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan