i. Tahukah ke mana perginya bekas2 pengganas komunis ini selepas Perjanjian Damai Haadyai?
ii. Apa yang bekas2 pengganas komunis ini lakukan selepas tidak lagi mengangkat senjata menentang kerajaan Malaysia?
▪️Selepas perjanjian Damai Haadyai di tandatangani oleh pihak kerajaan Malaysia dan PKM, terdapat 1,188 bekas pengganas PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand keluar dari hutan dan untuk memulakan hidup baru...
▪️Seramai 431 bekas anggota PKM memohon pulang ke Malaysia berdasarkan "Artikel 3 Perjanjian Damai Haadyai yang menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas pengganas PKM yang bersetuju melucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu"
Dan Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap diMalaysia mengikut tapi mereka wajib patuh kepada undang2 tubuh Malaysia.
▪️Cuma 338 permohonan sahaja lulus dan 93 ditolak kerana tidak memenuhi kriteria perjanjian dan masalah dari segi status kewarganegaraan asal.
▪️Perjanjian Damai Haadyai bermaksud PKM bersetuju hanya gencat senjata tetapi perjuangan terhadap idealogi komunisme mereka TETAP di teruskan.
▪️Ini terbukti dengan kata2 Chin Peng, bekas Setiausaha Agung pengganas PKM :
"Ideologi komunis adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang"...
"Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula"...
"Mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk letak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali2 memberi persetujuan untuk bubarkan PKM atau gugurkan ideologi komunis mereka"...
▪️Jadi sangat jelas, walau pun selepas Perjanjian tersebut selesai, namun bagi bekas pengganas PKM, perjuangan idealogi komunis TETAP akan mereka teruskan!!!
http://theunspinners.blogspot.com/2019/02/apakah-dap-adalah-kesinambungan.html?m=1
Oleh: Pena MZR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan