Ahad, 11 Ogos 2019

Kerajaan digesa agar mengharamkan kumpulan pendesak Cina Dong Zong

(Dong Zong) akan melancarkan petisyen menentang sukatan pelajaran tulisan khat di sekolah-sekolah vernakular. Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina akan membantah walaupun kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjadi subjek peperiksaan.
Menurut pengerusinya, Tan Tai Kim berkata "kempen itu akan mendapat sokongan daripada persatuan Cina, lembaga pendidikan, persatuan ibu bapa dan guru serta kumpulan alumni." 
Nampaknya selama ini pemimpin-pemimpin Melayu telahpun berlembut terima moyang mereka menjadi rakyat. Kemudian, pemimpin Melayu berlembut lagi, berikan Singapura untuk mereka memerintah. Sehingga hari ini, pemimpin-pemimpin Melayu masih lagi berlembut membenarkan sekolah-sekolah aliran bahasa nenek moyang mereka sehingga mereka rasa besar kepala atas keprihatinan orang melayu yang terlalu berlembut kepada mereka sehingga mereka mula memijak-mijak kepala Melayu. 
Sudah sampai masa Melayu perlu bangkit dan lancarkan petisyen bantah kewujudan Dong Zong ini. Satu gerakan perlu dilakukan untuk menghantar petisyen bagi menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Sebab yang paling ketara mereka adalah satu pertubuhan yang ekstrem dimana mereka cuba mainkan sentimen agama, fitnah tulisan khat jawi sebagai usaha islamisasi masyarakat bukan islam..   
Tapi yang peliknya mereka akan mengunakan tulisan khat jawi jika ianya menguntungkan mereka, contoh mereka telahpun menggunakan pada produk mereka seperti bihun cap masjid, cap fatimah, mee jumbo, pau Ahmad dan lain-lain.

Oleh;
Simah Mamat 
Aktivis NGO PerSoNa










Tiada ulasan:

Catat Ulasan