Ahad, 28 Julai 2019

BENARKAH BN SOROK WANG DI LUAR NEGARA PUNCA PH GAGAL LUNAS JANJI DAN MANIFESTO?


YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) membawa wang ke luar negara dan menyorokkannya sebagai alasan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memajukan ekonomi negara.

Menurut Mahathir, "Kami percaya mereka menyembunyikan wang di luar negara dan tekanan kewangan kepada kerajaan sekarang sangat besar.

"Situasi ini menghalang kami untuk kembali menguruskan ekonomi dengan baik."

Mahathir seharusnya berasa malu kerana punca kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji dan manifesto mereka bukanlah kerana kekangan kewangan negara, sebaliknya kerana ketidakyakinan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia.

Data dan statistik kewangan negara yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berautoriti dalam dan luar negara menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah mewariskan kekayaan yang cukup besar sepanjang sembilan tahun pentadbirannya di bawah DS Najib Razak.

Ketidakyakinan para pelabur tersebut terhadap kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh pelbagai faktor kabinet kerajaan dan menteri itu sendiri.

Antaranya, sikap yang berubah-ubah terhadap dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang mesra rakyat.

Di samping itu, amalan kronisme, korupsi dan nepotisme juga yang semakin berkembang biak di kalangan menteri dan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan.

Penjualan pelbagai aset negara sebagai mekanisme penyelesaian 'hutang negara' dikritik hebat bukan sahaja oleh para pemimpin pembangkang, malah para ekonomis, pakar kewangan serta masyarakat antarabangsa.

Mentadbir negara mengikut undang-undang rimba dengan pendakwaan terpilih menjejaskan imej negara di kalangan pemimpin-pemimpin besar dunia.

Imej tersebut semakin tercalar akibat konflik dalaman yang semakin parah dalam kalangan menteri dan pemimpin Pakatan Harapan dan kemuncaknya timbullah isu skandal video seks.

Kesemua faktor di atas merupakan sebahagian dari faktor-faktor ketidakyakinan pelbagai pihak dalam dan luar negara untuk memperjudikan modal, kepakaran, ilmu dan pengalaman mereka membangunkan Malaysia bersama-sama Pakatan Harapan.

Rumusan dan perbandingan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam tempoh masa setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan lebih jauh merosakkan berbanding 60 tahun pentadbiran Barisan Nasional.


Oleh ;
Zamzuri Muhammed Tahir
26 DzulQaedah 1440H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan