Isnin, 22 Julai 2019

Al-kisah di Majlis kesyukuran Azmin Ali di kediaman MB Selangor dan Majlis doa Selamat Anwar Ibrahim di Port Dickson.

1. Ucapan YB Azmin Ali ternyata semangatnya berapi2, namun 90% isi ucapan hanya ditujukan khas kepada seorang sahabat baik yang juga mentor beliau bernama Anwar Ibrahim (walau dia tidak menyebut nama tersebut).

2. Azmin juga menyebut dia akan meneruskan perjuangan dia demi islam dan melayu. Dia tidak akan berganjak dari menjadi pejuang islam dan melayu (realiti: dari segi sejarah dan perbuatan belum nampak tanda2 Islamnya perjuangan Azmin).

3. Ucapan itu menyelar orang yang menjadi dalang, yang beliau rasa tidak pernah mengenang budi, dan tak ada kesetiaan juga rendah akhlak.

Setelah selesai ucapan, dalam sesi minum2, ada beberapa perkara menarik yang menjadi topik perbualan sesama mereka, yang juga melibatkan menteri pusat, timbalan menteri dan menteri besar juga YB YB...

Dari pembualan tersebut jelas mereka menghentam Anwar Ibrahim and the geng termasuk lah keluarga Anwar. Hampir ke semua mereka berani berbual2 (chit chat) secara terbuka menyebut perihal Anwar adalah moral lebih teruk, memang kaki bontot, kes saiful tu betul...kes video dengan perempuan cina dol tu memang betul... akhirnya bolehlah kita buat kesimpulan bahawa selama ini mereka kata dulu Anwar adalah mangsa fitnah tetapi tidak sekarang... sekarang mereka memang akui Anwar itu peliwat dan jahat....

Ada seperkara lagi yang menarik selama 21 tahun, setelah sekian lama mereka  MEMBABIKAN Tun Dr Mahathir dalam ceramah dan perbualan mereka, semalam semuanya memuji2 Tun Dr Mahathir sebagai insan Hebat dan Anugerah Allah swt kepada Malaysia.

Tetapi yang lebih hairan lagi, ke semua yang hadir di majlis doa selamat tersebut bagaikan  telah dibutakan hati mereka untuk tidak percaya bahawa Azmin itu sama saja perangai dengan Anwar. Tertutup hati mereka untuk melihat betul2 isu ini adalah benar dan bukan lakonan. Mereka percaya bahawa Azmin adalah mangsa fitnah dan yang menariknya fitnah itu di buat kerana Azmin adalah bakal mengantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke-8. Mereka mendakwa, jika tidak kerana jawatan itu tak mungkin Azmin difitnah.

Di rumah Anwar lain pula ceritanya. Selepas isyak, rata rata perbualan para tetamu berkisar tentang Azmin Ali, IGP dan Tun Dr Mahathir yang masih lagi tegar membuat kerja lama dan tak pernah berubah. Semua yang hadir terutama orang2 politik menceritakan percaya mereka bahawa orang yang di dalam video itu adalah 100% Azmin Ali....

Jadi akhirnya ahli PKR sekarang ini separuh telah percaya Anwar itu peliwat.... separuh lagi percaya Azmin Ali juga peliwat dan di liwat.... itulah ketentuan Allah swt....

Sumber rujukan rakan2 PKR, yang hadir di kedua2 program berasingan Majlis kesyukuran dan bacaan Yasin anjuran Anwar Ibrahim di Port Dickson dan Azmin Ali di kediaman rasmi MB Selangor.


Edited by: Pena MZR
23hb Julai 2019


Tiada ulasan:

Catat Ulasan