Ahad, 30 Julai 2017

Kenapa pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).





Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didesak agar menjawab desas-desus dakwaan yang mengatakan pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
 
Jika perkara ini benar maka Guan Eng harus menjelaskan ke manakah wang tersebut dibelanjakan dan mengapa ia perlu dibayar kepada pejabat ketua menteri.
 
Isu ini perlukan penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat. Rakyat perlu tahu ke manakah wang tersebut disalurkan.. sudahlah mereka dibebankan dengan kenaikan surcaj air, kini ke mana wang tersebut digunakan pula menjadi isu.
Untuk rakyat Penang, jangan terlalu berharap untuk Guan Eng menerangkan berkaitan perkara ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa isu yang menjerat diri dan parti Dap, maka isu tersebut akan dibiarkan sunyi tanpa sebarang jawapan. Sebelum ini terlalu banyak persoalan yang dilontarkan oleh rakyat tetapi tidak dijawab oleh kerajaan pimpinan Dap.
 
Antaranya adalah isu pembinaan rumah kos rendah, isu tambak laut, isu kos terowong dasar laut dan isu dana daripada Israel dan lain-lain lagi. Jadi kalau isu ini pun Guan Eng buat pekak badak, maka kesimpulannya pasti ada ‘something wrong somewhere’ yang cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Untuk rekod, Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi dengan memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.
Apabila kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat (ia menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut), sekali lagi kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj 100 peratus pada 1 September 2013 dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap rumah sebulan.
 
Terbaru, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan lagi kadar surcaj kepada Rm1.00 bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan