Ahad, 12 Mac 2017

KENAPA LITAR RAKYAT DITANGGUHKAN SEMASA ERA MUKHRIZ.??

Penangguhan Litar Rakyat Era Mukhriz kerana peningkatan kosnya hampir tiga kali ganda dari  RM30 juta ke RM80 juta
 

Kerajaan terpaksa menangguhkan projek Litar Rakyat yang dicadangkan semasa Era Mukhriz.  Ketika itu Mukhriz sebagai MB Kedah telah menaikkan permohonan, daripada RM30 juta kos asalnya meningkat kepada RM80 juta. Dengan peningkatan kos yang hampir tiga kali ganda itu dilihat Mukhriz bukan lagi untuk membina Litar Rakyat tetapi sebuah Litar bertaraf antarabangsa seperi Litar di Sepang. Malah Mukhriz awal-awal lagi telah melantik syarikat abangnya, Mokhzani sebagai kontraktor utamanya.

Pandai Mukhriz, memilih kroni di kalangan ahli keluarga untuk mengendalikan projek mega tersebut.
Tak kan nak bagi orang lain pulak kan... Mestilah serahkan projek kepada ahli keluarga agar dapat dikongsi bersama limpahan dari hasil projek tersebut.

Dimana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.  Mukhriz cuba untuk menyalahkan DS Najib kerana gagal menunaikan janji di PRU 13 untuk membina Litar Rakyt di Kedah. Kerajaan memang patut menangguhkan projek mega tersebut kerana, Suara Rakyat pun merasa pelik, kenapa kos asalnya RM30 Juta tiba-tiba naik mendadak sehingga menjadi RM80 juta..?

MB Kedah yang baru YAB Dato Seri Ahmad Bashah, kini telah bersetuju untuk meneruskan projek Litar Rakyat dengan kos asal iaitu RM30 juta malah beliau juga bersetuju untuk mendahulukan peruntukan negeri, sementara menantikan peruntukan pusat yang perlu dibentangkan semula di Parlimen..

Jika YAB Dato Seri Ahmad Bashah boleh meneruskan projek tersebut dengan nilai kos asalnya RM30 juta kenapa Mukhriz perlu sehingga RM80 Juta untuk menyiapka Litar Rakyat..??? Apa keistimewaan yang bakal ada di litar tersebut..??



Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan