Sabtu, 11 Mac 2017

SKIM PENCEN BAHARU BAGI PESARA ATM BAKAL DIUMUMKAN


PESARA ATM BAKAL MENERIMA SKIM PENCEN BAHARU
 
 
Pada 5hb Februari lalu, Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon supaya kerajaan mengkaji dan mempertimbangkan penyediaan Skim Elaun sara hidup secara automatic kepada anggota pesara apabila mencapai usia 60 tahun
 
Skim ini khusus kepada anggota persatuan yang tidak menerima pencen dengan elaun RM500 sebulan.  Berikutan pada masa ini lebih 200,000 orang ahli yang memohon untuk bersara sebelum memasuki skim pencen, kini berdepan dengan kos sara hidup, termasuk tidak memiliki rumah sendiri
 
Kebanyakan bekas tentera ini memilih untuk bersara awal pada usia 30 tahun terpaksa mencari pekerjaan lain dan mereka di ketogarikan tergulung kumpulan yang berpendapatan dibawah paras kemiskinan.
 
Permohonan ini diajukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteren, Mejar Jenderal Datuk Mohd Khir Abdullah dan Presiden Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor
 
Berikutan dengan itu, Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein memaklumkan yang kerajaan bakal mengumumkan skim perkhidmatan pencen baharu kepada pesara ATM dalam waktu terdekat.  Skim elaun saran ini adalah satu usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh veteran ATM yang tidak berpencen.
 
 
 
Tulisan
 
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat


2 ulasan:

  1. Cadangan terbaik yg ditunggu2 oleh bekas tentera yg tak berpencen. Apa pun di sarankan umur kelayakan pencen dikurang kpd 50 tahun keatas atas alasan kesempatan atau tidak merasa jika diberi pada umur 60 tahun keatas.

    BalasPadam
  2. permohonan diatas permintaan. Kita tgu tindakan dan pengumuman dalam waktu terdekat..insha Allah

    BalasPadam