Salah seorang penduduk, Zainab Hashim, 65, berkata, dia berasa terharu dan gembira serta menyambut baik usaha tersebut demi kelangsungan hidup masyarakat yang lebih sempurna.
“Saban hari saya melihat pergerakan projek pembangunan itu dan akhirnya, ia terlaksana juga. Sudah pasti, bukan saya sahaja yang seronok dan tidak sabar untuk menetap di kawasan rumah moden itu, tetapi perkara ini dinanti semua penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
JANJI DIKOTA
Pada 22 April 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 keluarga. Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan "durian runtuh" kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 keluarga sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma,
Penghuni-penghuni ini akan menukar unit lama dua bilik tidur, satu bilik mandi saiz 399 kaki persegi dengan unit baru tiga bilik tidur dan dua bilik mandi bersaiz 800 kaki persegi. Unit baru ini bernilai 4 kali ganda nilai unit lama. Manakala 101 keluarga penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.
Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada. "Perumahan ini dekat di hati saya kerana Allahyarham Tun Abdul Razak pernah menjejakkan kaki beliau di sini dan seterusnya merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion kira-kira 47 tahun yang lalu.
Projek pembangunan itu akan melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar berserta kemudahan seperti pejabat kecil; dewan orang ramai; surau; tadika; pejabat persatuan penduduk; dan pondok polis.
Janji ditepati.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan