KUALA LUMPUR 20 Mac - Selangor jatuh kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum kerana orang Melayu di negeri itu berpecah seterusnya menjadi alat politik kepada DAP yang sejak dari dahulu mengamalkan dasar politik perkauman.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehubungan itu, agenda penyatuan bangsa amat penting kerana perpecahan dalam kalangan orang Melayu selama ini menyebabkan mereka semakin terpinggir di bumi sendiri.
“Kesedaran mengenai perkara ini wajar diketahui kerana dicatat dalam sejarah Tanah Melayu yang dijajah selama 446 tahun oleh kolonial silih berganti akibat perpecahan bangsa yang melemahkan kekuatan orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di sini, malam tadi. Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang juga Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, orang Melayu seharusnya sedar yang Penasihat DAP, Lim Kit Siang sememangnya mengamalkan perjuangan berasaskan perkauman.
“Walaupun sudah lima Perdana Menteri berganti, namun Kit Siang tetap kekal sebagai tonggak kepemimpinan DAP. Ini membuktikan dia bukan sahaja diktator malah tidak pernah bersetuju dalam pelbagai isu berkaitan Melayu dan Islam.
“Kit Siang orang yang sama sejak zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman sehingga kini.” ujarnya.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan