Khamis, 30 Mac 2017

Kit Siang Jangan Main Wayang Opera

 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,, Rafizal Abdul Rahim berkata, Penasihat Dap Lim Kit Siang hanya perlu melantik peguam seterusnya mengambil tindakan saman terhadap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa sekiranya dakwaan yang dibuat oleh Annuar iaitu Kit Siang seorang "RASIS" adalah satu fitnah.
Parti Dap tidak perlu bermain Wayang Opera, memperkudakan ahli mereka yang berbangsa Melayu untuk melakukan laporan polis terhadap Annuar.  “Hairan… sebab sebelum ini Dap dan saman memang tidak boleh dipisahkan. Tapi bila Annuar Musa berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa Kit Siang rasis, mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil

 
“Adakah Dap ingin memperalatkan ahli mereka bagi menutup kenyataan sebenar… Apa lagi yang cuba diputar-belitkan oleh Dap bagi mengelirukan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Rafizal, rakyat khususnya di Pulau Pinang sentiasa menantikan bilakah Kit Siang mahu mengambil tindakan saman terhadap Annuar kerana inilah peluang untuk Dap menghancurkan kreadibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Ini bukan sahaja berkaitan kredibiliti Annuar sebagai Ketua Penerangan tetapi imej UMNO akan turut tercalar… Ini juga peluang untuk membuktikan bahawa Dap tidak rasis.  Jadi persoalan yang timbul kini, mengapa bila ada peluang sebegini Kit Siang terus kunci mulut dan tidak mengambil tindakan.  Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Ia agak pelik bila bulan jatuh ke riba tetapi Dap enggan menerima,” katanya lagi.

Annuar Musa sebelum ini mencabar Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataannya yang mengatakan bahawa Dap adalah sebuah parti diktator, rasis dan anti Islam.
Jelasnya, jika sebelum ini kenyataan tersebut disuarakan di dalam parlimen dan dirinya dilindungi kekebalan berparlimen kini kenyataan tersebut diulang di luar parlimen dan sekiranya Kit Siang merasakan itu adalah satu fitnah maka segeralah mengambil tindakan saman.  Kit Siang Tidak Perlu Main Wayang Opera, Lantik Peguam Dan Saman Annuar Musa

 

Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan