Naib Ketua Pemuda PKR yang juga EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, semalam di dalam laman sosial Twitter, biadap dan kurang ajar, serta mendabik dada dengan kemenangan PRK 2015 Permatang Pauh kononnya tanpa sokongan malah diboikot daripada Pemuda Lebai (ditujukan pada Pemuda PAS).
Pastinya Pemuda PAS dan ahli PAS yang membantu PKR dan Dr Wan Azizah Wan Ismail mencapai kemenangan di dalam PRK Permatang Pauh tahun 2015 mesti terasa sedih. Sekarang, PKR kata mereka menang atas usaha sendiri dan dengan "jentera PKR sendiri yang kuat" tanpa pertolongan dari Pemuda PAS.
Beliau juga merupakan antara pemimpin PKR yang sebenarnya tiada punya apa-apa cuma sebagai penjilat LGEng paling Wahid dengan balasan jawatan Exco yang kini disandangnya. Beliau hanya bergantung harap kepada sokongan Pemuda Pas dan Pas Pulau Pinang untuk jawatannya sekarang.
Kenyataan sombong dan biadapnya itu seolah-olah cuba membuktikan betapa BODOHNYA PAS. Ibarat pepatah habis manis sepah dibuang, habis dara dijamah dibiar mengandung tanpa berbapa. Dalam istilah anak muda sekarang puas mereka kena kencing dengan PKR.
Pas yang telah mengorbankan segala-galanya titik peluh maupun tahan muka dicaci maki, sekarang ini dianggap sebagai PAK PANDIR oleh orang yang telah mereka tolong
Hendak dikatakan apa lagi. Sudah menang, PKR boleh cakap apa sahaja. Apa yang ahli PAS dan Pemuda PAS dapat lakukan lagi ?
Baru-baru ini beberapa Dewan Pemuda Pas di Pulau Pinang telah memberi isyarat menolak untuk bekerjasama dengan PKR. Keputusan yang tepat dengan menolak kerjasama bersama
PKR terpaksa di ambil untuk mengajar pemimpin PKR yang sombong, bodoh dan bongkak.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan