Isnin, 27 Mac 2017

CADANGAN MUHYIDDIN PPBM MACAM SAMPAH!!!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak cadangan yang dikemukakan rakan barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan.
Kata Azmin, walaupun dia memahami hasrat parti itu untuk menarik orang Melayu dan mewujudkan partinya sebagai alternatif kepada UMNO, tegas beliau, semua pihak dalam PH terikat dengan rangka kerja dan dasar gabungan itu.
 
PPBM yang baru mengumumkan menyertai Pakatan Harapan cuba untuk menunjuk kuasa dan berlagak untuk cuba merampas perjuangan Pakatan Harapan
PKR menolak cadangan yang telah dinyatakan oleh Presiden PPBM itu dan turut menyifatkan bahawa parti itu dalam keadaan yang cukup terdesak
 
Malah PKR juga memberikan gambaran bahawa PPBM sedang berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi sebahagian dari Pakatan sehingga membuatkan parti itu mahu menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan.
Muhyiddin dalam satu ceramah di Padang Rengas malam tadi mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.
 
 
Bagaimanapun beberapa pemimpin Pakatan secara terbuka berpendapat tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk menjadi ketua dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat kerana setiap parti mempunyai peranan yang sama penting.
 
Dalam pada itu, Guan Eng juga berkata PH memutuskan untuk mengekalkan nama gabungan itu, namun bersedia mendengar syor Muhyiddin yang mencadangkan nama PH ditukar kepada Barisan Rakyat.  Bagaimanapun ujarnya, mesyuarat akan datang yang membabitkan empat parti termasuk PPBM akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan cadangan tersebut.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan