Di negara Turki, ribuan kakitangan awam dibuang kerja kerana menentang Presiden Tayyib Erdogan sementara di Malaysia seramai lima orang kakitangan awam yang bertugas sebagai guru hanya diberi notis tunjuk sebab.
“Sekiranya mereka gagal menjawab notis tunjuk sebab tersebut dalam masa dua minggu, mereka bakal dihadapkan ke Lembaga Tatatertib dan tindakan keras akan diambil,” demikian tegas Menteri Pendidikan Datuk Sri Mahdzir Khalid berhubung isu lima orang guru yang menaiki pentas pembangkang menghentam kerajaan (pusat).
Sekiranya RAKYAT Malaysia rasional dan matang, pasti dapat membuat perbandingan yang adil antara tindakan kerajaan Turki dan Malaysia terhadap para penjawat awam dan kakitangan kerajaan negara masing-masing.
Malaysia terlalu berlembut dalam semua hal yang bersangkutan tindakan. Jika dibandingkan dengan Negara-Negara luar pengkhianat tidak akan dibiarkan, mereka pasti tidak akan sempat bersuara untuk kali kedua.
Sebagai penjawat awam mereka lupa yang mereka telahpun menandatanggani surat akujanji semasa menerima jawatan yang mereka sandang sekarang..Mereka lupa mereka ada klausa yang telah ditetapkan pada Peraturan 21(1)P.U(A)395/1993 untuk dipenuhi.
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan