ADAKAH BENAR PAS TIDAK DIPERLUKAN OLEH PH
Sejak PAS bergabung dengan DAP pada 2008, kita dapat menyaksikan perubahan 360 darjah berlaku pada PAS. Sama ada dasar mahupun perjuangan, PAS dilihat seolah-olah didoktrin menjadi lebih sekular berbanding DAP sendiri. Sampai ke suatu tahap, PAS sendiri mengisytihar bahawa mereka tiada agenda untuk menubuhkan Kerajaan Islam dan sebaliknya berubah haluan mahu menubuhkan Kerajaan Kebajikan bersama DAP.
PAS mengalami perpecahan. Namun di sebalik perpecahan itu, ia disambut bagaikan rahmat oleh semua lapisan peringkat dalam parti berkenaan dan beranggapan ia adalah satu corak ‘pembersihan dalaman’ parti yang sebelumnya dicemari anasir jahat DAP dan PKR. Namun begitu, dendam DAP terhadap PAS tetap membara sehingga ke hari ini.
Pernah satu ketika Kit Siang dalam komennya di depan rakyat Kedah mengenai tindakan PAS yang mahu menubuhkan blok pembangkang ketiga dengan bongkak mengatakan ‘PAS tidak mustahak dan tidak penting’ di matanya.
Melihat betapa hinanya PAS dan Ahli PAS di mata Kit Siang itu, terbayang wajah-wajah ‘Pak Lebai Kulup’ dan ‘Ostazah Tudung Labuh’ PAS yang sebelum ini begitu bersemangat mengibarkan bendera DAP ketika pilihan raya yang lepas berlangsung. Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera-bendera DAP dan melaungkan dengan ungkapan "inikalilah ubah".
Setelah puas ‘diperkuda’ dan ‘dikeldaikan’ DAP sejak bertahun-tahun, begitu hina sekali PAS di pandangan Kit Siang dan DAP? Mungkin sebab itulah UMNO tidak sesekali bersekongkol dengan parti itu atau pemimpinnya. Tapi DAP dan Kit Siang mungkin terlalu berharga pada seorang bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad. Jika tidak, masakan dia sanggup dan tergamak ‘melutut’ minta sokongan dari mereka untuk meneruskan agenda politik masa depan anaknya.
Padanlah DAP dan Kit Siang rasa diri mereka terlalu ‘berharga’ sekarang, sebab sudah ada kuntuman bunga raya menyerikan parti Rasis ini..
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan