Isnin, 13 Mac 2017

TAMBAH JAJARAN ECRL BUKTI RAKYAT KELANTAN TIDAK DIABAIKAN



TAMBAH JAJARAN ECRL BUKTI RAKYAT KELANTAN TIDAK DIABAIKAN
 
Perancangan asal semasa pembentangan Bajet 2017 pada Oktober tahun lalu mensasarkan 23 jajaran ECRL (East Coast Rail Link) di mana ia melibatkan kos sebanyak RM55 Billion.
 
Lawatan YAB Perdana Menteri ke Kelantan hujung minggu lalu telah mencetuskan jajaran tambahan ke 24 dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak ke Pengkalan Kubor, Tumpat. 
 
Ia sekaligus bakal memacu pertumbuhan industri kecil dan sederhana milik rakyat setempat selain menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan kepada mereka. 
 
Jangkaan pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.15% menggambarkan bahawa penduduk luar bandar pantai Timur (terutamanya Kelantan) tidak perlu berhijrah ke pantai Barat untuk mencari peluang-peluang pekerjaan.
 
 
 
Catatan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan