Sabtu, 11 Mac 2017

INILAH CONTOH PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG INGIN MENYELAMATKAN NEGARA

MAT SABU MENEMPELAK KERAJAAN TENTANG ISU KOREA UTARA
 


Dalam ucapannya di Alor Setar, Mat Sabu Presiden Parti Amanah - Pan berkata " Korea Utara juga mempunyai hak yang sama untuk melakukan sebarang tindakbalas tentang hubungan diplomatiknya terhadap Malaysia. Ini jelas menunjukkan jika pembangkang memerintah Negara, adakah mereka akan membenarkan mana-mana kuasa luar mencampuri perlembagaan dan undang-undang Negara.??

Sebagai pemimpin pembangkang yang sering kita dengar laungan kononnya ingin "Selamatkan Malaysia" dan pada waktu yang sama mereka seolah-olah membenarkan kuasa luar mencampuri urusan undang-undang Negara dilihat satu keputusan yang jauh tersasar. Apa akan terjadi jika mereka memerintah Negara jika dengan mudah mengikut telunjuk kuasa luar.

Cara kenyataan dan sokongan beliau terhadap menanggani isu Korea Utara ini dapat dilihat seolah-olah beliau lahir dan dibesarkan di Korea Utara.  Untuk makluman situasi rakyat Di Korea Utara jika pemimpin seperti Mat Sabu ini mungkin telah dibunuh atau mati tanpa kubur dan bukan dia sahaja, tiga keturunannyapun akan dibunuh tanpa ada rasa belas kasihan kerana diketogarikan sebagai pengkhianat



Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan