Isnin, 22 Julai 2019

TIADA KEPERLUAN MENGUJUDKAN SMJK TAMIL JIKA TERPAKSA MENGADAIKAN SEMANGAT PERPADUAN



Jurang perkauman semakin terjejas jika cadangan untuk mengujudkan SMJK Tamil maupun  SMJK Cina dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun ia masih dalam kajian namun tiada keperluan untuk ia dilaksanakan.

Cadangan ini dilihat amat tidak menepati keperluan mengikut perlembagaan Negara. Tiada keperluan untuk mengasingkan pembelajaran mengikut kaum atau menggunakan bahasa ibunda mereka. Sepatutnya kerajaan berusaha agar semangat perpaduan kaum dapat disemai melalui sekolah kebangsaan yang sedia ada dimana semua kaum dapat disatukan.

Sekolah kebangsaan diujudkan supaya dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim. Ia juga dapat mengujudkan, budaya menghormati hak kaum lain yang mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini.

Dengan sekolah kebangsaan menjadikan sekolah sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain.. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat luar dan mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Jika pengasingan berlaku mengikut bangsa ia akan mengujudkan jurang perkauman yang begitu luas antara murid-murid yang berlainan kaum.

Wujudnya jurang komunikasi antara kaum disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berbeza.  Hanya bahasa ibunda kaum majoriti sahaja yang kerap dipertuturkan di sekolah manakala bahasa kebangsaan pula disisihkan. Ini amat tidak sesuai.

Sebarang tindakan perlukan perbincangan yg mendalam bagi mengelakkan salah faham yang  boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.

Oleh :
Simah Mamat
Aktivis NGO
22 Julai 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan