Rabu, 10 Julai 2019

REBAT GST: PAC DAKWA TUDUHAN MENTERI KEWANGAN DAP TIDAK BENAR

Menteri Kewangan DAP, Joseph Lim Guan Eng sebelum ini menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional MEROMPAK rebat GST berjumlah RM19. 24 billion.

Meski pun dinafikan oleh Barisan Nasional dan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM), kerajaan Pakatan Harapan bertegas menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenainya.

Persidangan Parlimen pada kali ini didedahkan pula bahawa siasatan PAC juga mendapati bahawa kerajaan Barisan Nasional TIDAK MEROMPAK rebat GST tersebut.

Apa tindakan Joseph Lim Guan Eng seterusnya?

1. Apakah beliau telah atau akan meminta maaf?

2. Apakah beliau telah atau akan meletakkan jawatan atas tuduhan beratnya itu?

Politik toksid, tuduh dahulu siasat kemudian dan politik jijik fitnah DAP dan Pakatan Harapan bukan sahaja diamalkan sebelum mereka memenangi pilihanraya umum, malah diteruskan juga setelah mereka membentuk kerajaan.

Politik sebegini tidak hanya diamalkan ke atas Barisan Nasional, UMNO, PAS dan pembangkang bahkan ia juga diamalkan oleh Pakatan Harapan terhadap komponen parti masing-masing dan sesama pemimpin mereka.

Menteri Kewangan DAP dan kerajaan Pakatan Harapan juga wajar mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terhadap dakwaan-dakwaan mereka bahawa berlakunya penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa terhadap agensi dan entiti ekonomi negara yang lain.

Bukankah menubuhkan RCI bagi menyiasat Tabung Haji, FELDA, FELCRA, YaPEIM, KHAZANAH, MARA dan lain-lain merupakan sebahagian dari Janji dan Manifesto Pakatan Harapan pada siri-siri kempen PRU 14 lalu.

By ;
Zamzuri Mohamed Tahir
8 DzulQaedah 1440H
Khamis 12.15pm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan