Isnin, 29 Julai 2019

2 KESIPUAN TUN M KETIKA LAWATANNYA KE TURKI


Lawatan Tun Mahathir ke Turki yang menelan belanja jutaaan ringgit wang rakyat sia-sia sahaja, apabila PM Malaysia itu dimalukan!!, Ini semua salah Menteri² PH, kerana tak pandai buat kerja dan salah bagi maklumat tepat. Lawatan yang amat merugikan.

Ketika beliau di sana, Beliau telah dibawa melawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di lapangan terbang Istanbul.  Untuk pengetahuan anda Lapangan terbang ini diurus dan ditadbir oleh Malaysia Airports Holding Berhad sejak era DSNajib. Di situ sahaja Tun telah dimalukan apabila beliau di bawa melawat kehebatan hasil kerja PM Malaysia ke-6.

Apabila beliau sedar langkah pertamanya agak sumbang maka Beliau cuba untuk menyatakan tujuan dan hasratnya untuk membantu sambil menawarkan kerajaan Turki kepakaran pembuatan kereta nasional. Tetapi alangkah malunya apabila kerajaan Turki pula yang menunjukkan kereta buatan mereka kepada Tun. Mungkin jika kereta terbang pertama Malaysia yang di jangka siap oktober ini mampu memulihkan kesipuan Tun di mata pemimpin Turki.

Sementara menanti kereta terbang pertama Malaysia siap mari saya mainkan gambus Turki, saya nyanyikan lagu klasik Turki ‘Üsküdar’a gider iken’ buat Tun & Rombongan. Agar supaya mereka lupa sejenak kesipuan yang telah menimpa mereka di Tanah Turki. Muga mereka lebih terhibur.


Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO
30hb Julai 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan