Khamis, 25 Julai 2019

DS Anwar Ibrahim kian terdesak? (Siri 1)



▪️Perancangan DS Anwar Ibrahim untuk melakukan "vote no confidence" didedahkan kepada pengetahuan umum pada 20hb Febuari 2019 lagi. Sejak dari detik itu, Tun Mahathir tidak senang duduk apabila mengetahui wujud ancaman dari dalaman PH sendiri.

▪️Bagi mengatasinya, kem Tun Mahathir telah melakukan beberapa percaturan untuk menghalang DS Anwar dari meneruskan tindakan tersebut. Antaranya;
1. Mengajak secara terbuka parti UMNO-PAS membentuk kerajaan bumiputra bersama dengan PPBM. Menubuhkan parti Gabungan Perpaduan Nasional Malaysia (GPNM).
2. Melakukan Fasa "devide and rules" terhadap parti UMNO dan PAS.
3. Meningkatkan tekanan undang2 terhadap Presiden UMNO DS Zahid Hamidi dan percubaan membatalkan parti UMNO melalui tindakan Jab Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

▪️Namun begitu, ke semua rancangan memecah belah parti UMNO-PAS telah gagal. Maka sebagai alternatif, Tun Mahathir mengerahkan jentera2 beliau untuk melihat ke arah parti yang ditubuhkan oleh DS Anwar Ibrahim iaitu PKR. Ternyata naratif fasa "devide and rules" yang dituju kepada PKR mengena. Memang wujud saingan antara 2 pemimpin tertinggi PKR iaitu DS Anwar Ibrahim (Presiden parti) dan DS Azmin Ali (Timb Presiden parti) yang bercita2 ingin menjadi PM ke-8.

▪️Isu semburit yang dicetuskan oleh pihak konspirator berjaya memerangkap DS Anwar dan DS Azmin ke arah konflik dalaman PKR. Kini, PKR telah pecah kepada 2 kem iaitu kem Anwar dan kem Azmin.

▪️Kesan dari perpecahan itu, sokongan kepada kem Anwar telah merosot kepada 10 MP dan selebihnya 39 MP PKR menyebelahi Azmin. MP2 yang menyebelahi Anwar terdiri daripada ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan Anwar.

▪️Merujuk kepada analisa isu semasa, angka 39 MP ini memang ada betulnya, kerana sokongan MP dalam PKR kepada Anwar semakin merosot. Ramai yang minta Anwar bersara dari politik.

▪️21 tahun yang lalu, golongan reformist PKR tidak pernah mengganggap salah laku moral sebagai satu isu. Apabila Anwar salahkan Azmin disebabkan isu moral, maka ramai MP PKR berpendirian Anwar patut bersara dari politik kerana pemikiran beliau sudah tidak selari lagi dengan landasan perjuangan asal PKR. Jika Anwar tidak bersara, mungkin Anwar bakal disingkirkan dari PKR.

▪️Nota: hakikat yang perlu Anwar terima ialah tekanan yang dulunya beliau halakan kepada Tun Mahathir, kini telah berpatah balik kembali kepada beliau.

▪️Sudah menjadi kebiasaan, Tun Mahathir akan tundukkan seteru politik beliau dengan meningkatkan tekanan secara berterusan menerusi penguatkuasaan undang2. Sudah pasti Abdul Hamid Bador IGP PDRM dan SPRM di bawah Latheefa Koya siap siaga menunggu arahan selanjutnya.

▪️Mengulas lanjut, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18hb Julai 2019 berkata "isu kontroversi semburit itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit. Memang wujud 'pakatan jahat' didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu".

1.
http://wartadaily.com.my/tular-senarai-mp-sokong-pm-tun-mahathir-letak-jawatan/
2.
https://www.thethirdforce.net/gabungan-perpaduan-nasional-malaysia-gpnm-tun-ms-new-coalition/
3.
http://suarasensasi1.blogspot.com/2019/07/hanya-14-orang-ahli-parlimen-pkr-sokong.html
4.
https://www.sinarharian.com.my/article/38459/BERITA/Politik/27-pemimpin-PKR-tegur-Anwar
5.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/sokongan-lebih-kepada-azmin-berbanding-anwar-1.939947
6.
http://bankami.blogspot.com/2019/07/apakah-polis-akan-menahan-anwar-ibrahim.html?m=1


Oleh: Pena MZR
25hb Julai 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan