Ahad, 28 Julai 2019

AKIBAT DARI KECUAIAN PIHAK SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN


Akibat kecuaian sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan menyebabkan pencemaran air di selangor
Tumpuhan diesel di Kolam Hang Tuah, Sungai Selangor, minggu lalu yang menyebabkan bekalan air kepada kira-kira lima juta penduduk di Lembah Klang terjejas bukan kerana sabotaj atau kaki pancing yang sebelum ini di viralkan tetapi ia adalah kecuaian pihak syarikat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kecuaian pekerja syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mencuci sungai tersebut menyebabkan pencemaran itu berlaku.

Siasatan juga dijalankan mengenai laporan palsu yang dibuat bagi melindungi syarikat tertentu.  Setakat ini polis telah menahan dua individu yang juga pekerja pontun bagi membantu siasatan. Seorang daripada mereka telah dibebaskan manakala seorang lagi akan disambung reman bagi membantu siasatan pencemaran Sungai

Abdul Hamid memaklumkan, laporan mengenai kejadian ini akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.
“Selangor,”.Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis juga akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak disyaki terbabit kes mensabotaj serta mencemarkan Sungai berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan