Ahad, 21 Julai 2019

Sejumlah RM 48 juta wang bapa Jho Low disita.



▪️Wang yang disita oleh pihak PDRM atas arahan mahkamah itu adalah wang Jho Low and family. Ianya tiada kaitan dengan wang 1MDB.

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/38705

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/586824/mahkamah-perintah-wang-lebih-rm48-juta-milik-bapa-jhow-low-dilucut-hak/amp

▪️Ini kerana, dalam urusniaga yang 1MDB jalankan, ke semua urusan pemindahan wang pelaburan menggunakan kaedah piawaian pelaburan yang diiktiraf oleh lembaga pelaburan antarabangsa. Ini termasuklah urusniaga yang dimenterai oleh syarikat usahasama 1MDB dan Petro-Saudi.

▪️Pihak 1MDB menggunakan beberapa kaedah sistem piawaian pelaburan untuk dijadikan sebagai garis panduan bagi menentu-ukur urusniaga 1MDB supaya berada dilandasan benar. Antaranya;

i). Asset Swap Arrangement
※ Menurut ISDA master agreement (Multicurrency-Cross Border) 1992, definasi Asset Swap Agreement ialah apabila berlaku aktiviti antara penjual (grantor) dan peserta (counterparty) bagi aktiviti Asset Swap (bertukar harta), maka ianya perlu dicatat sebagai penambahan di jadual dan perlu disahkan aktiviti tersebut dengan tarikh terkini. Dan jika terdapat aktiviti pembetulan, penambahan dan pengubahsuaian yang perlu diurus dari masa ke semasa pada jadual, ianya hendaklah mengikut tatacara "Securities Issuance Agreement".

ii). Nota Murabahah
Nota Murabahah ialah kontrak pematuhan rasmi akad jual beli melibatkan harga kos aset dan keuntungan yang dinyatakan dengan jelas kepada pembeli. Nota Murabahah merupakan instrumen yang digunakan oleh 1MDB untuk melindungi keputusan yang dibuat oleh pihak 1MDB apabila berlakunya ketidak -tentuan aliran wang dari akaun usahasama. Ini kerana transaksi yang dilakukan telah melalui proses "AKAD jual beli".

▪️Di dalam Murabahah, segala bentuk wang keluar untuk pelaburan, pinjaman atau suntikan modal di panggil  "Langganan Nota Murabahah".

▪️Sekiranya berlaku kehilangan wang selepas transaksi ke akaun usahasama, wang tersebut bukan lagi dalam tanggungan 1MDB.

21hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan