Jumaat, 19 Julai 2019

DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir saling Sabotaj. (Siri 1)



▪️Fasa pecah dan perintah (devide and rules phase) yang dihalakan kepada parti UMNO, BN dan PAS tidak menjadi. Ini merupakan isyarat jelas yang telah disampaikan oleh kedua2 Presiden UMNO (DS Zahid) dan PAS (TGHH), bahawa Islam dan bangsa Melayu menolak usaha dari parti yang bersekongkol dengan parti cauvinis DAP.

▪️Namun begitu, tempias "devide and rules phase" telah terkena parti PKR. Perbezaan pendirian berkenaan keputusan siasatan mengenai watak di dalam video semburit telah mencetus suasana tegang di dalaman parti PKR. DS Anwar (Presiden) dan DS Azmin Ali (Timbalan Presiden) berbeza pendirian berkenaan isu moral dan sahsiah kepimpinan. PKR kini secara tidak langsung telah sah berpecah kepada 2 "team" iaitu team Anwar dan team Azmin.

▪️Episod penyingkiran watak dan pembongkaran (character removal & demolition) yang sengaja diwujudkan dalam saingan antara Anwar Ibrahim (PKR) vs Azmin Ali (PKR) kini diubah-suai (manipulated) kepada episod penyingkiran dan pembuktian watak (personality removal & argumentation character). Sidang media DS Anwar pada 17hb Julai 2019 berkenaan gesaan Anwar agar Azmin Ali meletak jawatan merupakan satu perangkap yang telah dijangka oleh konspirator. Mereka ingin melihat watak sebenar (the true color of) Anwar Ibrahim ketika berhadapan dengan pesaing (yang juga reformis sejak tahun 1998) untuk jawatan PM ke-8. Persoalan: Siapa cadangkan Anwar Ibrahim membuat sidang media?.

▪️Tangkapan oleh pihak PDRM terhadap individu yang terkait dengan Haziq (watak utama kes semburit di Sandakan) merupakan individu2 yang ingin melihat Anwar Ibrahim ditabal sebagai PM ke-8. PKR Perak sahkan bahawa Pengerusi negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak merupakan antara 3 individu ditahan polis bagi membantu siasatan kes video semburit. Farhash adalah setiausaha politik kepada Presiden PKR DS Anwar Ibrahim. Munculnya nama Farhash (argumentation character) yang direman menyebabkan tanggapan ramai orang termasuk pemimpin2 politik secara prejudice melihat Anwar Ibrahim sebagai individu "tamak kuasa" dan tidak boleh dipercayai apabila "kawan makan kawan".

▪️Terdahulu diberitakan seramai 14 MP sahaja yang menyokong Azmin Ali. Namun begitu, pada 19hb Julai 2019 dilaporkan bahawa kedudukan Azmin Ali dalam PKR semakin selesa apabila sokongan dari ahli2 Parlimen (MP), ADUN2, pengerusi PKR negeri2 dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR terus meningkat.

▪️Machiavelli dalam Buku VI Seni Perang (The Art of War) menulis bahawa konspirator sedaya upaya membahagi pasukan musuh (teori devide and rules), dengan timbulkan syak orang2 yang dipercayai, dan dengan memberi punca bagi mereka memecahkan pasukannya. Berdasarkan kepada teori devide and rules Machiavelli, kemungkinan besar terdapat plot untuk singkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR (personality removal).

▪️Anwar Ibrahim diberitakan pernah merancang untuk membuat "vote no confidence" terhadap Tun Mahathir tetapi tidak kesampaian. Dan Anwar juga pernah mencanangkan akan melakukan serangan terbuka (all out onslaught) terhadap Tun Mahathir sekiranya tidak meletak jawatan selepas bulan September 2019. Namun begitu, dipercayai Azmin Ali dan pasukannya akan menyingkirkan Anwar Ibrahim dan keluarga dari PKR selepas rombakan kabinet.

▪️DS Anwar dan pasukannya masih lagi mempunyai masa untuk bertindak balas. Mereka dipercayai tidak akan berdiam diri untuk berdepan dengan pasukan Azmin Ali dan Tun Mahathir.
1.
http://theunspinners.blogspot.com/2019/01/azmin-isytiharkan-perang-terhadap-anwar.html?m=1
2.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-patut-letak-jawatan-jika-video-sahih-1.938698
3.
https://m.malaysiakini.com/news/484275
4.
https://www.facebook.com/177896126093/posts/the-mahathir-anwar-fight-is-now-out-in-the-open-anwar-is-utilising-the-alternati/10156572854586094
5.
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2019/07/07/a-crack-in-anwar-and-azmins-relationship/
6.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/07/17/pegawai-anwar-video-seks

19hb Julai 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan