Jumaat, 19 Julai 2019

ANWAR TIDAK MAMPU MENGAWAL AHLINYA MACAMANA NAK JADI PM-8.??


Di dalam PKR itu sendiri apabila 27 orang MPP dab MP termasuk Timbalan Presiden dan 4 naib President begitu tegas dan begitu lantang MENGKRITIK DSAI di mana DSAI adalah Presiden mereka, ini cukup  jelas dilihat yang Anwar telah hilang kawalan terhadap partinya sendiri..Justeru sukar baginya untuk menjawat jawatan PM-8. Ini kerana sokongan ahli yang berhormat secara tanpa selindung menyebelahi pesaing Anwar..

Menidakkan mana-mana pemimpin PKR dilantik sebagai PM8 mungkinkah telah diatur secara halus oleh tangan-tangan ghaib sejak PM7 angkat sumpah..? Ini dapat dilihat apabila Tun seringkali berubah memberi kenyataan bilakah tarikh sebenar penyerahan kuasa dapat dilakukan. Dulunya hanya 2 tahun serahan jawatan akan berlaku, kemudian Tun mengumumkan beliau memerlukan masa 3 tahun kononnya untuk memulihkan ekonomi sebelum serahan kuasa dilakukn. 

Namun baru-baru ini Mukhriz pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu bakal menjadi warisan turun temurun dan mengelarkan Anwar jangan tamak kuasa.

Tahniah diucapkan pada DSAI kerana tamakkan kuasa & menolak mentah-mentah tawaran kerjasama yg dihulur BN masa tu. DSAI memilih untuk percaya pada sosok yg mengencing dia berulang kali.  Anwar tetap Anwar.. Beliau tetap tidak sedar dan merasa serik..

Oleh ;
Tinta Biru SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan