Ahad, 14 Julai 2019

PPBM SABAH DIJANGKA LUMPUH


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dijangka lumpuh dalam masa terdekat selepas Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar orang-orang Melayu menyertai parti tersebut.
Ia berikutan tindakan Datuk Rahim Ismail yang mengambil langkah keluar dari parti dan menyertai UMNO semula.

Beliau keluar dari PPBM beserta dengan pengikut-pengikutnya AJK Bahagian serta 5 Cawangan yang lain. Di samping itu, Datuk Sairin Sarno Keningau juga mengikut jejak langkah yang sama meninggalkan PPBM Sabah untuk bersama perjuangan UMNO.

Terdahulu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dasuki menyatakan kesediaan beberapa orang Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang menyertai PPBM untuk kembali ke pangkuan UMNO semula.

Tinggallah Mahathir dan Mukhriz di dalam PPBM berebut jawatan siapakah bakal calon jenazah dalam masa terdekat.

#Bubarkan_Parlimen



11 DzulQaedah 1440H
Ahad 10.45pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan