Jumaat, 28 Ogos 2020

Transgender ada hak kata Menteri Agama!!!.

※ Tiba2 muncul isu transgender oleh Menteri Agama dicelah2 keriuhan isu kerajaan terdahulu. Ketika ini, gerakan LGBT bukan lagi gerakan bersifat individu, malah ianya kumpulan yang bergerak secara global serta mempunyai falsafah tersendiri. Apabila ia membentuk satu gerakan dengan falsafah tersusun, sudah pasti mereka mempunyai agenda besar di dalam mengubah kefahaman masyarakat terutama netizen yang majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu seperti di Malaysia.

※ Perkara yang dikhuatiri akan berlaku di zaman kerajaan PN, kini telah pun benar2 berlaku. Pada ketika ini secara diam2 golongan LGBT ini menuntut hak supaya diberikan ruang untuk bertapak secara sah di Malaysia. Ianya telah pun mendapat perhatian terutama dari pihak Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Persoalan: Apakah hak golongan LGBT mengikut syarak?.

※ Ustaz Mohd Faizul Azmi Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA berpendapat, penyelesaian kepada isu LGBT perlu bertepatan dengan ciri2 utama Islam yang bersifat syumul ketika mengurus dan memberi panduan kepada manusia yakni golongan LGBT perlu dipulihkan supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan bukan diberi galakan untuk golongan LGBT mengembangkan persatuan mereka, tidak lebih dari itu.

※ Merujuk kepada ciapan (twitter) portal Malaysiakini, ia telah terbitkan satu pendapat dari Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan golongan LGBT.

1. Pendapat Menteri Agama

※ Transgender ada hak untuk mengamalkan agama mereka terutama kepada mereka yang beragama Islam - Menteri Agama.

malaysiakini.com (@malaysiakini) Tweeted:

28 Aug 2020, 9:51 am

Transgenders have a right to practise religion - minister 

Terjemahan

Transgender ada hak untuk mengamalkan agama mereka terutama Islam - Menteri Agama (Dr Zulkifli Mohamad)

https://t.co/luq4bIzKK0 https://t.co/44sgWT7vUD https://twitter.com/malaysiakini/status/1299162923554672640?s=20

2. Oleh itu, rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam dan berbangsa Melayu mohon diberi pencerahan berkenaan kenyataan Menteri Agama, iaitu;

※ Mohon tunjuk ajar daripada pakar hukum hakam agama Islam: Bagaimana seorang Transgender ingin amalkan 5 rukun Islam dalam keadaan mereka ini masih mengalami konflik identiti?. 

i. Bagaimana transgender ini berpakaian ketika ingin solat?

ii. Bagaimana transgender berpakaian ketika menunaikan ibadah Haji ke Mekah?

iii. Bagaimana pula dalam bab munakahat (bab nikah-kahwin)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Islam

3. Definisi transgender

※ Definisi transgender ialah ketidaksamaan identiti jantina yang dimiliki seseorang dengan alat kelamin dan jantina kelahiran. Orientasi seksual, golongan transgender ini tidak semestinya homoseksual tetapi mungkin juga biseksual atau heteroseksual. 

https://www.researchgate.net/publication/339531259_Transgender_Di_Malaysia_Transgender_In_Malaysia

29hb Ogos 2020

Oleh: Pena MZR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan