Ahad, 9 Ogos 2020

ISU PENGKHIANAT NEGARA YANG MENJUAL MYKAD (Tangkapan 2019)

 

1-Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang

Mohd. Faizul Arifin 34

2-Datuk Lai Chin Wah, 56

3-Mohd Faizal Tan Abdullah, 66

4-Yap Cheng Wah, 44

5-Chien ChienChien Guan Chai, 36

6-Loh Chan Cheong, 34

KES BERMULA :-

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah namun didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei 2019.

PENGELUARAN MYKAD BERTUJUAN :-

Mengikut pertuduhan Mohd Faizul didakwa telah mengeluarkan dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

KEUNTUNGAN SINDIKET

Sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad sah berkenaan kepada warga asing dan menahan 20 individu setakat ini bagi membantu siasatan

HUKUMAN

1-Mohd. Faizul Arifin, 34,  berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

2-Manakala 4 lagi tertuduh, Lai Chin Wah, Yap Cheng Wah, Chien Guan Chai, dan Loh Chan Cheong, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 466 Kanun Keseksaan. 

Jangan sampai seperti isu penubuhan RCI TH, akhirnya pihak kerajaan PN mengatakan tidak perlu buat RCI TH. Perkara ini amat mengecewakan kita dan umat Islam seluruh negara.

Oleh : PENA MZR

10 Ogos 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan