Isnin, 24 Ogos 2020

Analisa "game" politik terkini (siri 3)

 

※ Masih ingat lagikah bahawa Tun Mahathir pernah mengaku "PPBM akan ganti UMNO?". Percayakah jika saya katakan hasrat Tun Mahathir itu masih belum padam lagi, malah hari ini bukti2 tersebut kelihatan semakin jelas. Peristiwa yang menimpa UMNO dan PAS pada hari ini boleh dikatakan sebagai satu susunan rancangan Tun Mahathir seawal PH kuasai Putrajaya sejak 9hb Mei 2018 lagi. 

※ Sedikit imbasan dari siri 2 berkenaan indeks NWI dan plot twist. Analisa Dr Rais Hussein dan EMIR Research telah berjaya terbitkan 2 formulasi yang telah meruntuhkan benteng UMNO untuk PRU15. Formulasi yang telah digunakan ialah;

1. National Worry Index (NWI)

> 5 faktor di dalam formula National Worry Index (NWI) menunjukkan bukti kukuh bahawa kerajaan PH akan kalah pada PRU15 sekiranya UMNO dan PAS bersama dalam MN melawan PH.

2. Penggunaan "Plot Twist" dari ungkapan kata Senator US James E. Watson "If we can't beat them, we join them" telah berjaya pecahkan kekuatan UMNO dan PAS. Ketika ini mereka telah pun berada di dalam sedang menunggu peluang memanipulasi pembahagian kerusi.

※ Ada satu lagi formula yang dicadang oleh EMIR Research sedang diguna oleh kerajaan PN dan TSMY ketika ini, iaitu formula Model The Voters’ Intention to Vote-VIV (Model niat pengundi untuk mengundi).

https://m.malaysiakini.com/letters/506503

※ Model VIV ini mengatakan terdapat 2 faktor yang tidak akan mempengaruhi keputusan "Niat Pengundi untuk Mengundi" sesuatu parti. Faktor tersebut ialah;

1. Sentimen Bangsa

2. Sentimen Agama

※ Tumpuan utama di dalam Model VIV ialah pengisian manifesto (jika ada) atau jika tak ada, kerajaan pemerintah sewajarnya fokus membuka saluran bantuan kepada rakyat dari segi kebajikan, ringankan beban kos sara hidup, bantuan kewangan, menyediakan peluang pekerjaan, bantuan perumahan, bantuan perubatan dan lain2 bantuan yang rakyat perlukan. Menurut Emir Research, bantuan2 ini akan memberi impak positif sokongan rakyat kepada kerajaan (Government Satisfaction Index-GSI).

※ Kerajaan PN juga telah memberi tumpuan kepada jangkaan tahap keberkesanan Model VIV ini terutama kepada faktor "sentimen agama" sekiranya ada dan diabaikan. Apakah ianya boleh memberi kesan kepada Niat Pengundi untuk Mengundi (model VIV)?. Isu2 sentimen agama yang pernah berlaku ialah; 

1. Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri PPBM) melantik Eric Paulsen seorang pendokong liberalisme dan anti Islam sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR). Berjaya dibantah dan dihalang oleh MP UMNO dan PAS.

2. Perlantikan Dato Azhar Harun seorang peguam berfahaman liberalisme sebagai Speaker Dewan oleh PM ke-8 TSMY. Perlantikan tersebut tidak pernah dibantah oleh MP PAS dan UMNO.

3. Pada 21hb Ogos 2020, aktivis leberal Siti Kasim, dibebaskan daripada tuduhan menghalang tugas seorang pegawai JAWI dalam acara pencegahan di sebuah hotel pada 2016. Setakat hari ini, belum ada bantahan lagi daripada MP PAS dan UMNO.

Persoalan sekiranya timbul isu berkenaan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan: Adakah MP2 terutama dari PAS yang meletak Islam sebagai Perlembagaan parti akan membantah atau pun tidak jika agama Islam tercabar? Bolehkah MP2 PAS bertahan?. Berapa lama boleh bertahan?. Adakah Kerajaan PN ingin menguji tahap "SABAR" MP2 PAS atau UMNO atau kedua2nya?.


24hb Ogos 2020

Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan