Selasa, 11 Ogos 2020

Campur Tangan POLITIK" Tun Mahathir, YB Lim Guan Eng dan TS Tommy Thomas dalam kes taikun hartanah TS Lim Soon Peng

Datuk Takiyuddin bacakan "surat campur tangan POLITIK" Tun Mahathir, YB Lim Guan Eng dan TS Tommy Thomas dalam kes taikun hartanah TS Lim Soon Peng di dalam Dewan Parlimen.

※ Menteri di JPM (Parlimen dan Undang2), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan POLITIK dari 3 individu terpengaruh di dalam negara. Individu tersebut ialah bekas PM ke-7 Tun Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah TS Lim Soon Peng yang dituduh terkait dengan kes 1MDB.

※ Takiyuddin di dalam Dewan Parlimen telah mendedahkan beberapa salinan surat yang membabitkan bekas PM ke-7, Tun Mahathir, bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan bekas peguam negara TS Tommy Thomas kepada SPRM berlaku pada tahun 2018 dan tahun 2019.

※ Hujah Datuk Takiyuddin "Saya nak sebut satu kes TS Lim Soon Peng, dituduh terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau minta peguamnya membuat surat representasi kepada KP SPRM pada 20hb Oktober 2018 semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa".


※ "Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh PM ke-7. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan PM (DS Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) TS Lim (Soon Peng). Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, pada 5hb Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri"

※ "Surat itu kemudian diminit sekali lagi oleh Lim Guan Eng bertarikh 19hb Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh PM ke-7".

※ "Susulan daripada surat itu, Tommy Thomas membalas surat kepada Lim Guan Eng bertarikh 31hb Mei 2019 yang memaklum mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM".

※ Datuk Takiyuddin nyatakan lagi, "Tak pernah berlaku dalam sejarah negara malah saya percaya surat representasi YB Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) pun tidak pernah diminitkan sebegini".

※ Pendedahan surat campurtangan Lim Guan Eng yang mengarahkan Peguam Negara ketika itu, TS Tommy Thomas batalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik jutawan hartanah TS Lim Soon Peng (Titijaya Group) menunjukkan sikap sebenar kepimpinan DAP selepas mereka memiliki kuasa di kerajaan pusat.

※ Lim Guan Eng dan DAP tidak peduli samada kes itu adalah kes mahkamah atau kes AMLA. Asalkan ada wang dan menguntungkan Taikun DAP mereka akan segera buat pelan penyelamat.

※ Sebelum itu juga TS Tommy beberapa kali melakukan kejutan politik yang kontrovesi semasa manjawat jawatan AG apabila beliau mengugurkan kes2 yang ada hubung kait dengan ahli politik PH dan mereka yang berkepentingan dengan kerajaan PH.

1.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719780/takiyuddin-bacakan-surat-campur-tangan-tun-m-guan-eng-dalam-kes

2.https://sabahkini2.com/en/news/2840/terbukti-lim-guan-engdr-m-salah-guna-kuasa-arah-tommy-thomas-shukri-sprm-batal-beku-akaun-taikun-dap/view

3.https://mykmu.net/2020/06/02/terbukti-surat-peguam-negara-menurut-perintah-lim-guan-eng-bocor/


12hb Ogos 2020

Edited by: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan