Ahad, 2 Ogos 2020

Bilangan Ahli UMNO berbanding bilangan ahli PPBM



Jumlah ahli umno yg berdaftar seramai 3,602,075 orang sehingga kini dan jumlahnya mungkin meningkat dalam masa terdekat.

※ Sehingga 30hb November 2017,  UMNO mencatat jumlah ahli berdaftar seramai 3,644,295 orang dengan 21,851 cawangan di seluruh negara.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/360048/amp

※ Selepas PRU14, JUMLAH Ahli UMNO di seluruh negara telah berkurangan kepada 3,292,667 orang. Ini selepas berlaku pemutihan ahli menurut kata SUA UMNO TS Annuar Musa.
https://suaramerdeka.com.my/umno-ahli/

※ UMNO kehilangan ahli seramai 351,628 orang apabila mereka ini berhijrah kepada parti PPBM sejurus sebelum PRU14. Namun terkini, rekod menunjukkan ramai ahli berdaftar PPBM yang telah pun meninggalkan parti tersebut.

※ Terkini, bilangan ahli UMNO hampir 3.7 juta orang dengan keberadaan 21,851 cawangan. Ianya boleh digambarkan sebagai kekuatan jentera parti UMNO di seluruh negara yang boleh digerakkan bila2 masa sahaja.

※ Di bawah adalah rekod kelulusan pendaftaran ahli UMNO untuk tahun 2019;

 Januari – 10,761 Ahli & Pemilih
 February – 9,491 Ahli & Pemilih
 March – 11,991 Ahli & Pemilih
 April – 13,817 Ahli & Pemilih
 May – 15,993 Ahli & Pemilih
 June – 15,299 Ahli & Pemilih

※ Rekod parti menunjukkan, kemasukan ahli UMNO yang berdaftar bagi tempoh 6 bulan telah melebihi bilangan ahli PPBM untuk tempoh selama 2 tahun.
https://mykmu.net/2019/07/08/jumlah-kemasukan-ahli-umno-bagi-6-bulan-jauh-melebihi-bilangan-seluruh-ahli-ppbm-untuk-tempoh-2-tahun/

※ Purata pendaftaran ahli UMNO dalam sebulan;
10,761 + 9,491 + 11,991 + 13,817 + 15,993 + 15,299 = 12,892 orang

Untuk 2 tahun 
=12,892 x 24 
= 309,408 orang ahli UMNO untuk 2 tahun

※ Jumlah ahli UMNO selepas PRU14 apabila berlaku proses pemutihan ialah 3,292,667 orang ahli.

※ Oleh itu, jumlah ahli UMNO secara amnya sehingga hari ini ialah;

3,292,667 + 309,408 
= 3,602,075 orang ahli UMNO sehingga kini.

※ Di sebalik keghairahan PPBM, Tun Mahathir pernah mengaku suatu ketika dahulu bahawa PPBM tidak boleh mengadakan mesyuarat cawangan kerana tiada ahli di akar umbi. The Asean Journal juga pernah melaporkan bahawa PPBM tidak dapat memenuhi 2 tuntutan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menerusi notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 iaitu laporan berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian dan cawangan parti.
https://www.malaysiakini2.com/tiada-ahli-tun-m-mengaku-ppbm-tidak-adakan-mesyuarat-cawangan/

Setelah acap kali hati Presiden UMNO tersentuh dengan beberapa peristiwa sejak mutakhir ini, timbul persoalan: Mahukah jentera2 parti UMNO ini bekerja untuk PPBM yang pernah lukakan hati pemimpin2 UMNO?. Ahli2 parti di akar umbi juga kecewa dengan sikap beberapa pemimpin PPBM yang tidak pernah berfikir secara matang berkenaan tuntutan agama Islam dan aspirasi bangsa Melayu.

Oleh: Pena MZR
2hb Ogos 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan