Rabu, 12 Ogos 2020

Pindaan RUU355, Hudud - Bersediakah Kita?

 

Presiden MCA Datuk Dr Ir Wee Ka Siong dan MCA berpotensi menerima pindaan RUU355 yang akan dibentang tidak lama lagi.

※ Hari ini dalam sejarah apabila pada 13hb Ogos 2014, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah telah menganjur Wacana Sinar Harian Siri ke-27 bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?". Ianya untuk memberi ruang kepada masyarakat menilai dan memahami hukum jenayah syariah berlandaskan Islam.

※ Moderator ialah Dr Maszlee Malik (kini YB parti PEJUANG), dengan panelis bekas Mufti Perlis Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA), Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia di JPM ketika itu Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (sekarang Presiden MCA).

※ Moderator menyatakan keputusan PAS untuk laksana hukum hudud telah mendapat sokongan daripada UMNO. Wee Ka Siong sebagai panelis ke-2 mengulas mengenai hukum hudud mengikut pandangan beliau sebagai bukan Islam. Menurut Wee Ka Siong, beliau menerima undangan ke wacana tersebut kerana beliau rakyat Malaysia yang dibesarkan dalam kalangan orang Melayu, beliau tiada masalah dengan masyarakat Islam kerana ahli keluarganya juga ada yang beragama Islam. 

※ Cuma dari segi peratus kefahaman Wee Ka Siong sebagai wakil bukan Islam berkenaan hudud amat kecil apabila melihat pindaan RUU355 dikhuatiri tidak berlaku adil kepada pelaku (OKT) antara pihak muslim dan bukan muslim apabila dituduh di mahkamah nanti. 

※ Kefahaman Presiden MCA berkenaan hudud berkisar kepada hukum QISAS sahaja sedangkan hudud termasuk juga hukum TAKZIR. Perkara ini hanya bersifat kecil kerana ianya boleh dibetulkan semula dengan pencerahan wajar dari sudut pra-syarat kefahaman kepada perlaksanaan hukum hudud kepada bukan muslim. 

※ Menurut panelis ke-4 Mohd Amar, hukuman kepada bukan Islam berkaitan isu rogol dll hukuman masih boleh dikenakan hukuman TAKZIR iaitu salah satu cabang hukum yang ada di dalam pindaan RUU355.

※ Perbezaan kefahaman inilah yang wajar diberi pencerahan kepada bukan Islam berkenaan hukum hudud yang bersifat adil untuk semua (universal).

※ Apa itu hukuman TAKZIR?

Hukuman Takzir (عزير‎) ialah kesalahan2 yang hukumannya adalah dera untuk pelaku (OKT) yang tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud atau Qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh Allah, ianya bergantung kepada budi bicara atau garis panduan yang ditetapkan oleh pemerintah.

※ Menurut istilah syarak pula takzir bermaksud hukuman keseksaan syara’ terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak dikenakan hukuman hadd dan kifarat sama ada perbuatan jenayah itu merupakan pencerobohan ke atas hak Allah seperti makan pada siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran dsb.

1.https://www.sinarharian.com.my/politik/wacana-sinar-kupas-isu-hudud-1.277862

2.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Takzir

3.https://www.facebook.com/DrTanakaMustafa/photos/mari-kenali-hukum-tazir1-apa-itu-hukuman-tazir-suatu-hukuman-atau-seksaan-yang-t/367537950053549

Oleh: Pena MZR

14hb Ogos 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan