Ahad, 16 Ogos 2020

Syarikat 'Baru Dibuka' Menang Tender Visit Malaysia 2020 Bernilai hampir RM90 Juta

※ Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kerajaan PH dari parti WARISAN Sabah Datuk Mohamaddin Ketapi telah menganugerahkan tender kontrak bernilai RM89.1 juta kepada syarikat IO Movement Sdn Bhd.

※ Menjadi persoalan pada ketika ini pastinya apabila syarikat yang baru ditubuhkan THE I0 Movemment Sdn Bhd berjaya memenangi tender bernilai RM89.1 juta, nilai yang sangat tinggi untuk perkhidmatan yang tidak jelas.

※ Di laman web Visit Malaysia, tender yang dimenangi hanya ditulis ‘REQUEST FOR PROPOSAL : GLOBAL ADVERTISING AGENCIES AND PROMOTION FOR TOURISM MALAYSIA’.

Siapa pemilik syarikat THE I0 Movemment Sdn Bhd?. 

※ Pada asalnya pemegang saham syarikat ini ialah Rachel Chew Kay Leng Omar (90%) dan Tunku Izrina M. Tunku Iskandar (10%). Namun begitu pada Mac 2020, Tunku Izrina mengambil keputusan meninggalkan syarikat ini. Kemudian, tempat Tunku Izrina diganti pula oleh Mohamed Nazli bin Ab Halim.

※ Sumber memaklumkan, Rachel Chew Kay Leng Omar adalah pesara dari MAS kabin krew, berketurunan Cina dan berkahwin dengan Ibrahim Ivan Omar dari kaum Suluk berasal dari Sandakan Sabah. Ibrahim Ivan Omar dan Ifrahim Baydr Omar merupakan individu yang ditahan SPRM pada 11hb Jun 2020 atas tuduhan rasuah untuk memperoleh kontrak pengiklanan kerajaan bernilai RM90 juta. Nuradilla Noorazam atau dikenali sebaga Adilla Azam (bekas pengacara Astro Awani) turut ditangkap di dalam kes skandal ini.

https://www.thevocket.com/syarikat-baru-dibuka-menang-tender-visit-malaysia-2020-bernilai-rm90-juta/

https://www.bharian.com.my/node/699039/amp

Oleh: Pena MZR

16hb Ogos 2020 (kemaskini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan