Sabtu, 15 Ogos 2020

Tinjauan Sikap Pengundi Dan Hala Tuju Negara

Tinjauani ini dibuat oleh EMIR Research pada suku pertama tahun 2020 dari 15hb Januari 2020 sehingga 24hb Februari 2020 iaitu tarikh hari yang sama jatuhnya kerajaan PH. Ianya melibatkan 2002 responden di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

55% menyatakan mereka tidak pasti samada hala tuju negara berada di dalam keadaan tepat atau tidak. 25% menyatakan hala tuju negara berada di dalam keadaan tidak betul.

Terdapat 5 faktor yang EMIR’s National Worry Index (NWI) gunakan sebagai indikator. Indeks ini dibangunkan untuk melihat kesan kegagalan kerajaan PH menyediakan keperluan asas (bread-and-butter issues) ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup. Indikator itu ialah

1. Mengurangkan kos sara hidup

2. Meningkatkan kualiti hidup rakyat

3. Kebolehan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan

4.Kebolehan kerajaan menyediakan rumah mampu milik

5. Kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan untuk rakyat 

Dengan titik kelemahan maksimum NWI 0.78 digunakan, didapati;

1. Situasi ekonomi Malaysia

i. 19% hingga 26% rakyat hilang keyakinan terhadap kemajuan ekonomi yang kerajaan PH bawa.

ii. 36% hingga 30% rakyat melihat ekonomi negara tidak begitu baik (not on a strong footing).

iii. 45% rakyat tidak pasti situasi sebenar kedudukan ekonomi negara.

iv. 72% kaum India dan 68% kaum Cina memahami kedudukan ekonomi negara.

v. 86% kaum Melayu dan bumiputera memberi pandangan negatif tentang situasi ekonomi negara waktu ini.

2. Perbandingan cara hidup kini dengan 2 tahun lalu

i. 71% bangsa Melayu dan bumiputera memberi jawapan cara hidup kini semakin teruk.

ii. 62% kaum India dan 57% kaum Cina memberi jawapan tidak pasti. 

iii.28% penduduk bandar selesa dengan keadaan hari ini dan 40% penduduk luar bandar tidak selesa dengan cara hidup kini.

iv. 46% penduduk bandar dan 57% penduduk luar bandar yakin situasi taraf hidup hari ini boleh diperbaiki lagi. Ini adalah gambaran kecenderungan cara berfikir penduduk bandar yang sebelum ini kuat menyokong PH. Kini perasaan tersebut semakin berubah dengan situasi semasa.

3. Penolakan responden kepada parti PH juga menunjukkan peningkatan setiap hari. Hanya 30% yakin akan terus undi PH pada PRU15 yang mana mood responden semakin menurun dari 41% berbanding kajian oleh EMIR’s pada bulan November 2019.

Sementara itu sokongan pengundi kepada MN (UMNO + PAS) meningkat 14% kepada 52% dari garis dasar 38%(ukuran pada PRU14). Sentimen ini terus meningkat setiap hari.

Sentimen sokongan kepada calon bebas didapati juga mengalami peningkatan kecil sebanyak 1% kepada 18% berdasarkan garis dasar pada PRU14 di mana menurut Dr Rais, kuasa ketiga (third force) mungkin menjadi relevan untuk PRU15.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/13/think-tank-poll-indicates-public-confidence-in-pakatan-already-shaky-prior/1875058


Disunting oleh: Pena MZR

15hb Ogos 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan