Jumaat, 6 September 2019

Beli Barangan Muslim Zaman Rasulullah S.A.W Yang Memecah Monopoli Yahudi

Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak ada harta kekayaan. Suasana ekonomi di Madinah ketika itu dimonopoli orang Yahudi. Kuasa dagangan mereka meluas serta pinjaman kewangan ada unsur riba yang sangat tinggi.

Kisah Pertama

Di Madinah, Rasulullah s.a.w berjaya menyatukan Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf bersatu dengan Saad bin Rabi’, antara orang terkaya dalam kalangan Ansar.

Abdul Rahman bin Auf adalah hartawan dan usahawan di Mekah telah memulakan perniagaan di pasar Yahudi tanpa takutkan persaingan. Beliau berdagang unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Harga untanya tidak setinggi jualan orang Yahudi.

Walaupun margin keuntungan kecil, namun beliau berjaya menguasai pasaran atas faktor harganya. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual,  beliau mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta pula.

Pengajarannya, “Peniaga Muslim perlu Skill & Strategi Perniagaan”. Abdul Rahman bin Auf melakukan Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).

Kisah Kedua

Di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah s.a.w adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar2 milik mereka yang berunsur riba, maka Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem sendiri, bersabda “Beginilah pasar kamu”.

Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam terkongkong dengan pasar milik Yahudi jika umat Islam boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu?. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.

Kisah Ketiga

Ketika Madinah ditimpa kemarau, Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga air hanya dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah yang jual air pada harga sangat tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”

Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera bertemu Ruumah untuk membeli telaga. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga sangat tinggi tetapi guna sistem bergilir2 "satu hari dengan satu hari". Kata Uthman bin Affan" Hari ini, masyarakat akan membeli air dari Ruumah dan esoknya beli dari Uthman bin Affan pula". Begitulah telaga ini digilir2kan.

Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datang ambil air sepuas2nya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.

Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.

Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen.

Walaupun pada mula Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit membeli "sistem bergilir" untuk telaga dengan harga tinggi, namun setelah kempen berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki telaga tersebut dengan harga murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.

Kesimpulan

Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Umat selaku komuniti perlulah bersama2 menyokong ekonomi sesama Muslim.

Walaupun mengalami waktu sukar di awal usaha, dengan 3 keypoint utama, maka nikmat keuntungan akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan untuk  asnaf2. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.

Oleh
Simah Mamat
Aktivis NGO PerSoNa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan