Selasa, 10 September 2019

Pegawai kerajaan jual MyKad..??

▪️BEBERAPA individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi direman polis susulan pembongkaran aktiviti "jual" MyKad kepada warga China di Pulau Pinang.

▪️Dalam operasi khas, beberapa kakitangan dan pegawai di sebuah jabatan kerajaan P. Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

▪️Sumber berkata, antara yang ditahan termasuk Timbalan Pengarah jabatan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad "sah" mahu membuat pasport Malaysia.

▪️Difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke JIM negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang "sah".

▪️“Namun status warganegara wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas".

▪️“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,".

▪️MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu. Maka timbul pula persoalan: Bagaimana individu itu berjaya memperolehi Mykad sedangkan bertutur bahasa Malaysia pun tak mampu?. Individu tersebut juga gagal memahami soalan yang diaju kepadanya.

▪️Susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad bernilai RM350,000 setiap satu.

▪️Difahamkan, operasi sulit itu bakal menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.

▪️Hasil siasatan sehingga 11hb September 2019, kumpulan itu sudah menjual lebih 6 keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama mereka yang terdiri daripada beberapa individu.
1.
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/495341/amp
2.
https://www.google.com/amp/s/headtopics.com/my/pegawai-kerajaan-jual-mykad-8174686

Oleh:
Pena MZR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan